Isnin, 25 Januari 2010

Belasungkawa.

Krew penulisan blog Badar mengucapkan takziah kepada kerabat di-Raja Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat pada pukul 7.15 malam, 23 Januari 2010 yang lalu di Hospital Pakar Puteri Johor selepas dimasukkan ke hospital itu kerana gering.



Jenazah Almarhum Sultan Iskandar dibawa masuk ke
kenderaan di Hospital Pakar Puteri untuk dibawa ke Istana Besar,
Johor Bahru, sambil diperhatikan oleh kaum kerabat dan petugas istana,
malam tadi. – utusan/Raja Jaafar Raja Ali
______________________________________________________________


Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan takziah buat keluarga Tun Muhd Ghazali Shafie yang meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya, kelmarin. Buat pengetahuan pembaca, Tun Muhd Ghazali Shafie adalah bekas Menteri Dalam Negeri Malaysia dan pernah berkhidmat untuk kerajaan untuk suatu tempoh masa yang lama. Bermula dengan Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman Tun Mahathir Mohd.


KUALA LUMPUR, 24 Jan -- Gambar fail Tun Muhammad Ghazali Shafie, 87, yang juga merupakan bekas Menteri Dalam Negeri meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya di sini, pada 7.45 malam ini. Ghazali dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang meninggalkan dua orang anak lelaki iaitu Bachtiaer dan Sheriffudin. Isteri beliau Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008.
-- foto BERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
_____________________________________________

Akhir sekali, buat sesiapa yang tidak mengenali Allahyarham Luqman Hakim Zamalolaily, berikut adalah sebuah video pendek yang memaparkan gambar-gambar Allahyarham bersama-sama rakannya. Wallahua'lam



Al-Fatihah.

Khamis, 21 Januari 2010

Mohon Doa



Salah seorang sahabat kita, Saudara Luqman Hakim bin Zamalolaily (5 Rahmah; SPM 2009) yang juga merupakan ahli BADAR SBPISB 2008/09 telah mengalami kemalangan pada petang semalam (20 Jan 2010 - Rabu) dan sedang koma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Hingga ke saat ini beliau masih dalam keadaan kritikal. Mohon doa kalian moga saudara kita kembali dalam keadaan stabil dan cepat sembuh..

“ Kewajipan seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim ada enam perkara, sesiapa yang meninggalkan satu bererti meninggalkan satu kewajipan; jika diundang harus datang, jika sakit harus dijenguk (ziarah), jika mati harus dihantar jenazahnya (menghadirkan diri), jika berjumpa harus memberi salam, jika minta nasihat harus dinasihati dan jika bersin harus didoakan.” (kitab tanbihul Ghafilin)



Berita terkini (setakat jam 11.50 pagi):

Innalillahi wa inna ilahi raji'un...

Sahabat kita, Saudara Mohd Luqman Hakim bin Zamalolaily telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.50 pagi tadi. Dimaklumkan kepada penulis bahawa Saudara Luqman akan disembahyangkan dan dikebumikan selepas solat Asar hari ini.

Oleh itu, penulis ingin menyeru kepada saudara-mara, rakan-rakan, kenalan dan jiran tetangga Saudara Luqman untuk sama-sama menunaikan solat sunat jenazah sebagai penghormatan terakhir kita kepada Saudara Luqman Hakim Bin Zamalolaily.
(bagi yang tidak mampu... tunaikanlah solat jenazah ghaib. Wallahua'lam...)

Moga Allah menempatkan Saudara Luqman dalam kalangan orang yang beriman.


Al-Fatihah.



Berita terkini (jam 10 malam) :
Pihak polis menjalankan post mortem ke atas jenazah arwah sekitar jam 1 petang hingga 4 petang. Pada mulanya pihak polis menyatakan tidak perlu post mortem dan sepatutnya jenazah arwah dikebumikan selepas asar. Tetapi urusan jenazah terpaksa ditangguh atas hal-hal tertentu. Alhamdulillah jenazah selesai dimandikan dan dikapankan pada jam 6.30 petang. Penulis sempat melihat wajah arwah buat kali terakhir. Wajah yang selalu menceriakan sahabat-sahabat di sekelilingnya. Nyata Allah lebih menyayanginya. Jenazah disembahyangkan selepas solat maghrib di teratak keluarga arwah di Meru. Jenazah selamat dikebumikan pada jam 9 malam.
Alhamdulillah ramai sahabat-sahabat arwah yang sanggup menunggu berjam-jam lamanya di hospital sebelum mengikut jenazah dibawa pulang ke rumah. Ramai juga tetamu yang datang memberi penghormatan terakhir buat arwah.

Apa pun, mohon doa kalian moga Allah tempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.

Al-Fatihah.

Selasa, 12 Januari 2010

Allah milik semua?! (edited by writer...)

1. Tajuknya cukup kontroversi. Membawa konotasi yang negatif. "Allah Milik Semua?!"!

Nampaknya, kempen 1Malaysia selepas 50 tahun lebih negara kita merdeka, rakyat makin saling memahami antara satu sama lain (diedit untuk keselesaan pengunjung..... ^^). Hubungan antara kaum dan hubungan antara agama bertambah erat. Sehinggakan, rumah-rumah ibadat turut dijadikan sasaran perasaan kasih sayang mereka! Klik sini untuk berita.




2. Pelik juga ye....
Masing-masing tampil mengeluarkan ijtihad sendiri. Daripada golongan-golongan Ulama' di Malaysia ..... hatta pak cik2 tua yang duduk melepak di kedai2 kopi... masing-masing berijtihad. Hmmm, ijtihad saya? Hehe.... Saya rasa lebih baik saya diam~. (Apa kata SaifulIslam?)

3. Hmmm...
Hamba tidak ingin menyuarakan pendapat berhubung isu kalimah Allah ini.... Cukuplah ustaz-ustaz kita sahaja yang berbincang berkenaan isu ini.

Walaubagaimanapun, eloklah kiranya saya menyediakan pendapat2 para Ustaz kita berkenaan isu ini. Serahkan pada yang pakar.... (mengambil kata2 senior saya... hehe)

* Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas
* Ustaz Farid Rashidi
* Ustaz Zaharuddin


4. Dahlah....
Akhir sekali daripada saya, udah-udahlah tu.... Janganlah kita golongan yang kurang berilmu ni lebih lantang bersuara daripada guru-guru kita. Janganlah sampai nak berpecah belah atas isu ini (Penggunaan kalimah Allah ni termasuk dalam hukum2 Dzonni). Siapa tahu isu ni mungkin helah untuk memecah-belahkan kita semata-mata.

Siapa tahu.... mungkin dikala kita sedang berdebat dengan penuh emosi ni... ada pihak yang sedang gembira sakan atas 'ketewasan' kita....

Siapa tahu???

(p/s: Allah jualah yang lebih mengetahui....)

Wallahua'lam