Rabu, 17 Februari 2010

Taktik Mossad Dalam Pembunuhan Al-Mabhouh


mabhouh

kemaskini 16 Februari 2010

Semalam, Ketua Polis Dubai, Leftenan Jeneral Dhahi Khalfan Tamimmendedahkan dalam satu sidang media gambar suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Al-Mabhouh.

6e36d990d4

(Gambar) Jeneral Tamim menunjukkan kepada media gambar salah seorang suspek.

pports248b3

(Gambar) Suspek-suspek yang disyaki terlibat.

Berikut ialah ringkasan sidang akhbar Polis Dubai dengan media antarabangsa di Dubai, UAE.

  • Bilangan yang disyaki meningkat kepada 11 orang berbanding 10 orang sebelum ini.
  • Suspek-suspek berpakaian seperti pemain tenis sambil membawa alat-alat tertentu yang dipercayai bagi menyuntik Al-Mabhouh.
  • Berikut ialah senarai nama suspek yang didedahkan oleh Polis Dubai (nama-nama dipercayai adalah nama samaran) Gail Folliard, Kevin Daveron, Evan Dennings, Paul John Keely, Stephan Daniel Hodes, Melvyn Adam Mildiner, Jonathan Louis Graham, James Leonard Clarke, Michael Lawrence Barney dan Michael Bodenheimer. Manakala seorang lagi dipercayai mastermind ialah Peter Elvinger (rakyat Perancis).
  • Tamim juga mendedahkan, kesemua agen itu dibantu oleh dua orang lagi suspek yang dipercayai warga Palestin yang kini ditahan Polis Dubai. Identiti mereka tidak didedahkan.

kemaskini 12 Februari 2010

  • Laporan terbaru dari Intelligance Online mendedahkan jumlah sebenar agen yang terlibat dalam pembunuhan Al-Mabhouh ialah 10 orang dan 3 darinya adalah wanita.
  • Pembunuhan tersebut dilakukan di Hotel Al-Bustan Rotana bilik nombor 130.
  • Pembunuhan tersebut juga mengundang campur tangan pelbagai agensi risikan rahsia khususnya dari UAE, Jordan, Mesir, Iran dan Syria.
  • Hasil siasatan juga mendedahkan salah seorang dari 3 wanita Israel itu menyamar sebagai pembantu hotel yang lengkap berpakaian uniform hotel.

Ketua Polis Dubai menegaskan pada 7 Februari 2010 lepas bahawa mereka yakin kematian Mahmoud Al-Mabhouh adalah angkara sekumpulan perisik Mossad yang memecah masuk ke bilik hotel tempat Allahyarham menginap.

Menurut Dhahi Khalfan (ketua polis Dubai) didapati sekurang-kurangnya 7 orang warga Israel yang terlibat dalam pembunuhan tersebut. Manakala dikalangan mereka kemungkinan terdapat seorang wanita atau lebih.

Cara Pembunuhan Al-Mabhouh

Antara tipu helah yang digunakan untuk memburu dan membunuh Al-Mabhouh ialah ketujuh-tujuh orang warga Israel tersebut menggunakan passport warga Ireland untuk memasuki negara Dubai dan mengisytiharkan diri sebagai pelancong.

Manakala seorang lagi pemimpin Hamas, Mahmoud Al-Zahar mendakwa sebahagian perisik-perisik tersebut juga memasuki Dubai dengan cara mengikuti rombongan salah seorang menteri Israel, Uzi Landau yang sedang menghadiri sebuah persidangan berkaitan sumber tenaga.

uzi_zahar

(Kiri) Uzi Landau (Kanan) Mahmoud Al-Zahar

Menurut laporan, sebelum pembunuhan bilik Al-Mabhouh telah diceroboh oleh sekumpulan perisik. Mereka kemudiannya menangkapnya dan menyuntik tangannya dengan sejenis dadah yang mampu merangsang sakit jantung yang kronik.

Selain itu, laporan perubatan juga mendapati Al-Mabhouh telah dikenakan kejutan elektrik pada anggota fizikalnya dan ini berdasarkan kesan-kesan bukti-bukti penjerutan pada badannya.

Polis Dubai dan pimpinan Hamas yang lain sangat yakin pembunuhan tersebut didalangi oleh Israel kerana Al-Mabhouh dibunuh hanya selepas tiga hari menteri Israel menghadiri seminar di UAE. Mereka yakin agen-agen Mossad turut sama menyelinap masuk ke UAE bersama-sama rombongan menteri Israel.

Menurut pemerhati, Al-Mabhouh sangat dikehendaki oleh Mossad kerana Israel mendakwa beliau merupakan orang tengah yang bertanggungjawab membawa masuk senjata-senjata dari Iran ke Palestin untuk digunakan oleh anggota-anggota keselamatan Hamas.

Disebabkan itu, maka Mossad menuduh bahawa tujuan Al-Mabhouh ke Dubai adalah bagi menguruskan urusan pemindahan senjata yang dibekalkan Iran. Namun begitu, polsi Dubai menegaskan bahawa mereka tidak yakin terhadap tuduhan tidak berasas itu dan percaya bahawa kehadiran Al-Mabhouh ke Dubai adalah atas urusan perniagaan.

Antara punca lain pembunuhan adalah dikatakan bahawa ia adalah dendam Israel kepada Al-Mabhouh yang pernah membunuh dua anggota tenterannya 21 tahun lalu iaitu Avi Sasportas dan Ilan Saadon.

Wallhu’alam …

Tiada ulasan:

Catat Ulasan