Jumaat, 12 Februari 2010

Teman,Tapi Mesra?

(Pesanan ini dibawakan khas oleh Mantan Intersaber)
Sulit saya apabila diajukan persoalan sebegini.Hendak dikata couple,ada yang terasa.Hendak dikata bukan couple,mereka memang mesra.

Untuk Yang Berkata 'We're Just Friends..'
Saya faham niat suci lagi murni anda berdua  selari dengan tuntutan lita'arafu,saling berkenalan yang terkandung dalam ayat 13 surah al-Hujurat(Wow…siap dalil lagi).Mengukuhkan kemurnian niat anda, anda berdua menjalankan study group/pair yang terancang lagi sistematik untuk melonjakkan prestasi akademik masing-masing.

Saya faham,tetapi mulut manusia manakan dapat ditutup.Akan ada yang memperkatakan keintiman anda berdua,walaupun anda tidak serius dengannya dan menjaga adab dan batas pergaulan antara anda dan si dia.Saat ini anda perlu membuat sesuatu sebelum khabar angin ini menggangu perasaan anda.

Selari dengan pepatah Arab prevention is better than cure,anda harus kawal kurangkan hubungan dengan si dia.Cukuplah sekadar berjumpa di kelas atau untuk study group,tak perlu follow up dengan s.m.s sekali sejam.Tidak salah menghantar makanan,tak perlu makan berdua-duaan.

Ambillah masa untuk melakukan perubahan sebegini,saya percaya anda mampu mengubahnya!

Buat Pemerhati Bebas & Pengulas
Keprihatinan anda terhadap isu-isu masyarakat sebegini amatlah saya hargai.Anda seorang yang mengambil berat sesuatu perkara yang bakal melibatkan keharmonian hubungan dalam komuniti kita.

Namun,sekadar melabel dan mengumpat dari jauh tidak sedikit pun membaiki keadaan.Silap gaya, persahabatan yang dijalin sekian lama runtuh dek kerana 'keprihatinan' terhadap isu teman tapi mesra sahabat kita tadi.

Sentiasa bersangka baik kepada sahabat kita itu,ajaklah ia melakukan kebaikan dan amalan sunat bersama kita.Jika ada perkara berkaitan hubungan teman tapi mesra yang patut ditegur,lakukannya secara hikmah.Sentiasa doakan pintu hidayah terbuka di hati teman,insya Allah rakan kita akan berubah ke arah yang lebih baik.

Kita Manusia Juga
Baik yang berteman tapi mesra mahupun pengulas tak diundang,ingatlah sifat manusia sering lupa. Sememangnya fitrah manusia punyai rakan dan teman,sesama jantina apatah lagi berlainan jantina.

Hari ini kawan kita berteman tapi mesra,esok-esok dia berhenti.
Hari ini kita anti pada 'teman tapi mesra',lusa pula kita yang terlibat sama.



Cukuplah mengulas orang,mahu muhasabah aib sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan