Jumaat, 24 Disember 2010

MUTIARA KHUTBAH

MUTIARA KHUTBAH

3 sasaran orang yahudi untuk melemahkan umat islam:-

-- al quran nul karim

--unversiti al-azhar

--sayyidul ayyam iaitu hari jumaat


Khamis, 23 Disember 2010

Tiga Aku

Tiga Aku

Aku satu.

Aku dulu waktu sekolah menengah adalah orang yang hebat.Pengawas la katakana.Kalau nak dikatakan aku lah yang paling Alim..Tiap hari,aku pergi Masjid,sampai masjid jer terus solat sunat,lepas tu baca al Quran.Kadang-kadang,kalau ada masa,aku Qiam..Ajak member-member sekali.Waktu tu kalau orang sebut jer nama aku,memang dah tau la yang aku budak baik,orang pun tak pandang serong kalau aku buat sesuatu.Aku pun ahli pencegah maksiat sekolah. Wow,hebat juga aku ni..

Selasa, 21 Disember 2010

Hukum Bulu Kucing

Menurut mazhab Syafi'ie dan Hanbali,bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis.Bukan setakat kucing,tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal daripada tubuh badannya,sama ada semasa hidup atau selepas mati.




Binatang yang Tidak Halal Dimakan Dagingnya

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing,monyet,musang dan sebagainya terpisah daripada badannya ketika masih hidup,maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang itu mati.Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai.

Hubungannya Dengan Solat

Menurut hukum syarak,syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian,tubuh badan dan tempat sembahyang.

Oleh sebab itu,jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis.Kecuali jika bulu najis itu sedikit,seperti sehelai atau dua helai,kerana ia dimaafkan.Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit.

Ahad, 12 Disember 2010

Rintihan Sejadah Usang

Rintihan Sejadah Usang
.


Satu hari aku terdengar
Esak tangis sungguh terdengar
Mungkinkah hantu mungkinkah pontianak
Atau pun orang tengah buang anak

Rupanya datang dari bawah meja
Sejadah merah empunya suara
Aku pun mula la naik takut
Memang seram, memang kecut

Heran pulak camne sejadah boleh menangis
Pikir pikir ikhtiar aku dah habis
Aku pun mula la dapat satu idea
Kalau sejadah erti nangis,
mesti dia pandai berkata2

Ku tanya sejadah apakah gerangan
Hingga menangis cam tak ingat Tuhan
Teresak-esak sejadah pun menjawab
Sungguh tak sangka dia pandai bercakap

"Aku sedih pasal nasib diri ku
Dulu aku berguna, sekarang dah jadi macam batu
Hari ni aku kena campak bawah kerusi
Entah esok entah lusa kena buat lap kaki"

"Dulu aku diguna lima kali sehari
Aku masa tu bangga dapat berbakti
Sekarang aku haram tak bersentuh
Zohor Asar Maghrib Isyak....apatah lagi Subuh"

"Apasal tuan ku buat aku macam ni
Sembahyang tidak, asyik melangok depan TV
Bangun pagi terus breakfast gitar
Sampai aku pun tak tau bila dia nak sedar"

"Tuan ku mungkin masih tak sedar diri
Esok lusa belum pasti hidup atau mati
Dia dah dewasa, aku tak boleh buat apa lagi
Pandai2 la dia pikir pasal hidup dia sendiri"

Iskkk... . aku pun mula la sayu
Mendengar kisah sang sejadah yang begitu pilu
Aku pun dah lama sedar pasal benda ni
Cuma aku anggap tu masalah dia orang sendiri
Kadang kala aku heran perangai manusia
Bencana yang datang dianggap bala
Tak pernah terpikir hikmah di sebaliknya
Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa

Kalau hidup kau penuh masalah
Mesti ada something yang kau buat salah
Allah takde nak hukum hamba-Nya macam tu saja
Mestilah kau ada cacat dan cela

Sedar lah kita ni semakin tua
Ajal dan maut bukan kita yang empunya
Telinga dah makin pekak
Kepala makin naik botak
Mata pulak dah makin tak nampak

Arah hidup masih lagi kabur
Esok lusa siapa tau nak ke kubur

Itu ajelah kisah hari ni

Bukan mengutuk sekadar melampias isi hati

Anggaplah ini satu nasihat

Aku pun bukannya perfect sangat

Selasa, 7 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Kelebihan bulan Muharram dan hari Assyura

|Muharram adalah salah satu bulan dalam Islam. Muharram merupakan bulan pertama mengikut kiraan tahun Hijrah. Nama-nama bulan dalam Islam wujud sesudah hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah, kerana sebelum hijrah kiraan bulan atau nama bulan mengikut nama bulan dan tahun Masihi, yang dikira dari lahirnya Nabi Isa a.s. oleh pengikut-pengikut Yahudi dan Nasrani.


Dalam bulan Muharam terdapat kelebihan yang dimasyhurkan dengan hari Asyura. Asyura bererti hari kesepuluh daripada bulan Muharam, sementara hari kesembilan dikenal dengan hari Tasu'a. Barang siapa yang berpuasa sunat di kedua-kedua hari tersebut, diberi pahala yang banyak oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.

Umat Islam disunatkan membaca doa awal tahun atau membanyakkan bacaan ayat Kursi dan lain-lain doa bagi memohon kepada Allah s.w.t. supaya diampunkan dosa yang lalu, serta jaya cita-cita dan azamnya yang akan datang.
Ulama-ulama salaf as-shufi mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengulang-ulang kalimah:
Sebanyak tujuh puluh kali pada hari Asyura. Dan diriwayatkan oleh hadis yang lain mengatakan bahawa barang siapa membanyakkan bacaan hingga akhir ayat, orang itu tidak akan mati melainkan dalam iman.

Di antara kelebihan hari Asyura, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan memberi pahala — 10,000 haji dan umrah dan 10.000 orang syahid.
Sunat pula bagi orang yang berpuasa membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah mengangkat darjatnya ke syurga kelak.

Sahabat bertanya:Ya Rasulullah,adakah Allah telah melebihkan hari Asyuraa dari hari lain-lain. 
Jawab Rasulullah:benar!

  • Allah telah menjadikan langit dan bumi pd hari Asyuraa
  • Allah telah menjadikan Adam dan Hawa juga pd hari Asyuraa
  • Allah menenggelamkan firaun pd hari Asyuraa juga
  • menyembuhkan bala Nabi Ayyub pd hari Asyuraa
  • Allah memberi taubat kepada Adam
  • kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman
  • Allah menjadikan malaikat jibril
  • hari berlabuhnya bahtera Nabi Nuh
  • penglihatan Nabi Yakub yang kabur dipulihkan 
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
  • awal-awal hujan yang turun pada 10 Muharram
  • diangkat Nabi Isa kelangit pada 10 Muharram


MARILAH BERSAMA-SAMA MENGHIDUPKAN BULAN MUHARRAM:)

Jumaat, 3 Disember 2010

Temuduga

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Rabu, 1 Disember 2010

Alam Maya VS Alam Realiti

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.



Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.