Khamis, 25 Disember 2008

Tafsir surah Al-Kahfi:Sejarah Zulkarnain

Orang kata,"semalam ialah sejarah dan kenangan,hari ini ialah realiti dalam tangan,dan esok satu cabaran dan harapan".Sebagai Muslim,kita dibekali ayat(bukti/tanda) maqruah(yakni Al-Quran & hadis),ayat manzurah(alam sekitar) dan ayyamullah(sejarah) yang perlu direnung untuk menjadi insan bertaqwa.Kisah Zulkarnain terungkap dalam surah Al-Kahfi(yang turut mengungkap sejarah Ashabul Kahfi) dari ayat 83 hingga 98(mungkin hanya dapat mengupas sebahagian daripada ayat-ayat ini)

83. dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah Yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya"84. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu Yang diperlukannya.85. lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

Zulkarnain(berbeza dari Alexander The Great) ialah seorang pemimpin yang Allah kurniakan kekuasaan dari timur hingga barat.Apa yang menjadikan beliau pemimpin yang hebat?Kerana beliau menakluk sambil menyebarkan agama Allah.Kehebatan kepimpinan beliau terletak pada wawasan beliau untuk berdakwah.Orang yang mampu membina wawasan yang besar lagi murni ialah salah satu ciri orang yang berjiwa besar.Siapakah yang bakal mengikuti jejak langkah Zulkarnain,selepas kegemilangan Salahuddin Al-Ayubi & Sultan Muhammad Al-Fatih?

nota:petikan dari siri tazkirah ustaz Amir di surau As-Syakirin(hujung November 2008). Nantikan siri seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan