Rabu, 17 Februari 2010

Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim : Muslim Hebat


Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim merupakan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) dan telah menjadi CEO semenjak 1 Januari 1982.

Dalam tempoh tersebut, hasil usaha gigih barisan Intrapreneur JCorp (atau Usahawan Amanah JCorp) telah memangkinkan Kumpulan JCorp berkembang sebagai salah sebuah badan korporat utama di Malaysia yang menerajui pasaran dalam beberapa bisnes strategik (sila lihat mengenai JCorp).

Muhammad Ali juga merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Pengerusi Biro Korporat DPIM dan Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad).

Waqaf An-Nur Corporation Berhad merupakan syarikat jaminan terhad yang bertanggungjawab bagi mengurus ekuiti JCorp dalam syarikat-syarikat tersenarainya yang telah diwaqafkan.

Pada 3 Ogos 2006, JCorp telah mewaqafkan saham bernilai RM200 juta (Nilai Aset Bersih) kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad. Ianya merupakan langkah pertama yang diambil dalam transformasi JCorp kepada “Perbadanan Waqaf” pertama di dunia, InsyaAllah.

Pada 2007, JCorp telah sekali lagi mewaqafkan saham miliknya di dalam syarikat TPM Technopark Sdn Bhd yang memiliki premis membeli belah Larkin Sentral di Johor Bahru, bernilai RM50.3 juta (Nilai Aset Bersih). Larkin Sentral membentuk sejarah sebagai pusat membeli belah pertama yang diwaqafkan sekaligus meningkatkan nilai terkumpul Waqaf Korporat oleh JCorp menjadi RM250 juta.

Konsep Perbadanan Waqaf JCorp merupakan satu strategi dalam menjayakan misi korporatnya, “Jihad Bisnes”.



Editor : Jcorp kini mempunyai lebih 250 anak syarikat dan memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 65,000 rakyat Malaysia. Diantara perniagaan strategik Jcorp adalah kelapa sawit (dengan lebih 82,000 hektar ladang di Malaysia, Papua New Guinea dan Solomon Islands); Oleochemicals dan Bio-fuel (Renewable Energy); Healthcare (25 hospital pakar Malaysia (contohnya Hospital Tawakal), Indonesia, Bangladesh and Saudi Arabia); Food & Restaurants (lebih 800 outlet KFC & Pizza Hut & Rasamas di Malaysia, Singapore, Brunei and Cambodia); Poultry and produk poultry (jenama Ayamas); Hotels, Industrial dan Commercial Property; Intrapreneur Venture; Shipping dan Logistik.


1 ulasan:

  1. saya sebagi rakyat johor sudah lama mengagumi Tan Sri Ali dan sntiasa mngikuti perkmbgn JCorp..mga terus sukses, kaya untuk kebajikan..Ameenn

    BalasPadam