Sabtu, 10 April 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KE-8 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM


Alhamdulillah pada 10 April 2010 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun (DIK) telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Ke-8 SBP Integrasi Sabak Bernam. Majlis ini telah diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2009 khususnya bekas calon SPM 2009

.

Majlis telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan ketibaan para tetamu kehormat. Kemudian, majlis telah diserikan dengan ucapan perasmian oleh Hajah Shamsiah, Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam. Seterusnya, beberapa anugerah telah diberikan antaranya pelajar terbaik mengikut tingkatan, mata pelajaran terbaik, pelajar cemerlang PMR, pelajar terbilang SPM, pelajar gemilang SPM, pelajar cemerlang SPM, pelajar terbaik PMR dan SPM, anugerah kepimpinan pelajar, panatia cemerlang PMR dan SPM, anugerah emas, dan akhir sekali anugerah jasamu dikenang.



Selain itu, majlis telah diselit dengan persembahan 'coral speaking' 3 bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Jepun dan majlis juga telah disajikan dengan persembahan nasyid yang mantap daripada kumpulan nasyid SBPISB, Az-Zafran.


Majlis telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Diharapkan majlis sebegini telah mendatangkan manfaat dan motivasi kepada seluruh warga SBPISB supaya meningkatkan usaha supaya berjaya dunia dan akhirat.Insya-Allah

PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN

Tingkatan 1: Syasya Alina binti Mohd Sheffie
Tingkatan 2: Ainaa Najihah bt Abdul Rahim
Tingkatan 4: Zalikha Zainuddin

PELAJAR TERBAIK PMR

Nur Ilham Alia binti Ngadnan

PELAJAR TERBAIK SPM

Sains Agama: Muhammad Haziman bin Hamdan
Sains Tulen: Izzati binti Ariffin
Sains Teknikal: Muhammad Ezrin b. Adul Rahim


ANUGERAH EMAS pada tahun ini telah disandang oleh saudara Haniz Iqbal b. Hazaidi. Tahniah diucapkan kepada beliau.

5 ulasan:

  1. Tahniah anak2 yang berjaya!yang lain teruskan usaha,semoga rezeki kalian pula di Hari Anugerah akan datang, kepada anakanda Haniz teruskan kecemerlangan anda, kamulah pemimpin harapan ummah,semoga beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat

    BalasPadam
  2. masa aku keje ngan haniz iqbal time form 3 (utk camping tuh) ak da agak die nih mesti buleh jadi best student nih~

    BalasPadam
  3. assalamualaikum,,tahniah smua..kpd haniz iqbal..sy berbangga krn mnjd ahli dorm dgn anda selama 4thn dan sekelas dgn anda 3thn.moga kita semua akn terus cemerlang dunia akhirat.

    BalasPadam
  4. Nak tanya, kumpulan kompang masa hari anugerah ni dari mana? Ada lambang ezhar kat kompang tu, takut-takut 'saudara' dengan saya..

    BalasPadam
  5. Kumpulan kompang tu kumpulan kompang sekolah. Diketuai oleh saudara Syaiful Bahari (BOB).

    BalasPadam