Jumaat, 25 September 2009

SALAM AIDILFITRI

Tak terlewat rasanya buat kami mengucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin dan Taqabbalallahu minna wa minkum buat semua warga Intersaber,follower & pengunjung blog ini

Buat Tetamu,malaikat mahupun syaitan,terimalah Ayat-Ayat Cinta Allah ni...

Khamis, 24 September 2009

Dari Pemimpin Kepada Pemimpin

Pejam-pejam celik mata,rupanya sudah 2 tahun penulis meninggalkan koridor kepimpinan pelajar SBPI Sabak Bernam.Macam-macam ada,dari semanis-manis nostalgia kepada sepahit-pahit kenangan.

Baton kepimpinan BADAR pun sudah hampir bertukar tangan(kan dah dekat Oktober ni).Kalau dikisahkan kelayakan jadi BADAR,maka panjang lebarlah perbincangan siapa yang layak,dan pelbagai istilahlah yang keluar
Dia ni thiqah...
Bacaan dia bagus,ada bakat jadi hafiz lak tu...
Dia sains agama(apa sains teknikal tak boleh jadi Ketua BADAR ke?)
PersetankanKetepikan dulu semua istilah tu.Coretan kali ini cuba ingin memberi petua ringkas kepimpinan tatkala anda semua(Form 4 bakal pemegang kuasa) dan bakal mahasiswa (Form 5 yang bakal mengakhiri zaman sekolah)

Islah Nafsaka,Wa Nad'u Ghairak
a)Ia bermaksud "Perbaiki diri kamu DAN serulah yang lain".
b)Manusia ciptaan Allah ini serba-serbi tak sempurna(melainkan Muhammad S.A.W),perlulah sentiasa membaiki kualiti diri:
  • Hubungan dengan Allah[ibadah]
  • Hubungan dengan manusia[ibu bapa,guru,rakan dll]
  • Seimbang antara kepimpinan,akademik,kokurikulum & sahsiah[tanggungjawab sebagai pelajar]
c)Bertindak sebagai pemimpin pelajar a.k.a pendakwah,perihal memperbaiki diri mestilah berlaku seiring dengan gerakan dakwah.
d)Sebagai orang yang membawa mesej dakwah,tambahkan ilmu agama dalam dada dan perbaikilah akhlaq diri kita.

Perbetulkan Niat,Satukan Matlamat
a)Gerak kerja kita di muka bumi Allah ini pasti menuju ke arah matlamat yang utama,iaitu mencari REDA ALLAH.
b)Ikhlaskan hati dalam menyumbang ke arah pembangunan organisasi BADAR ini,kerana bukan setakat sijil koku yang dicari,insya Allah keikhlasan itu bakal Allah ganjari.
c)Jika sepakat seluruh ahli BADAR dalam mengejar matlamat utama ini(REDA ALLAH),insya Allah salah faham dan pertikaian dapat diminimumkan,prestasi dioptimumkan.
d)Perlu diingat,dalam melaksanakan tugas sebagai pendakwah,seimbangkan prestasi akademik dahulu,kerana ia amanah ibu bapa kita!

Kenali S.W.O.T[Strengths,Weaknesses,Oppourtunities,Threat]
a)Untuk mencapai matlamat @ pelaksanaan aktiviti,seorang pemimpin perlu sentiasa menganalisis 4 aspek ini[Kekuatan,Kelemahan,Peluang,Ancaman] baik analisis diri sendiri,analisis anak buah anda mahupun analisis aktiviti yang telah kita jalankan.
b)Tahu kekuatan dan kelemahan peribadi dan anak buah,penting dalam kecekapan proses mengagihkan tugas kelak.
c)Cekap menggunakan peluang yang ada dan mengatasi ancaman akan lebih memudahkan tugas.
Optimumkan Anak Buah a.k.a Pelapis Anda
a)Pengorbanan terbesar seorang pemimpin yang hebat ialah MENGHASILKAN PELAPIS LEBIH HEBAT DARI DIRINYA.
b)Setelah mengetahui kekuatan&kelemahan anak buah@pelapis anda,berikannya peluang terlibat dalam tugasan yang mengasahkan bidang kekuatannya atau tugas yang membaiki bidang kelemahannya.
c)Pada waktu yang sesuai,beri anak buah@pelapis peranan yang lebih penting seperti ketua projek bagi memberinya peluang untuk menonjolkan diri.

Khatimah
Apa yang saya coretkan kali ini hanyalah PETUA RINGKAS!Sekadar pesan buat adik-adik pewaris jalan yang pernah saya lalui kerana nampaknya jalan itu semakin berliku.

Walau apa pun yang antum tempuhi,teruskanlah menjadi orang yang menyuburkan Islam di dalam diri,membaja bumi SBPISB dengan iklim diini.Niatkan semuanya Lillahi Taala. Salam perjuangan adik-adikku!

Nota Kaki:Doakan diri penulis istiqamah menghadapi A Level untuk 2 tahun,dipermudahkan jalan menjadi pelajar di perantauan untuk 3 tahun berikutnya.Doakan diri penulis mendapat kebahagian dunia & akhirat...

Selasa, 22 September 2009

Novel Raya:Terasing

Sebenarnya,entri inilah yang hendak ditulis semalam.Dek tangan 'gatal' yang menulis di shoutbox, prioriti untuk menegur didahulukan,ulasan novel ini dibuat hari ini.

Dahulu saya pernah mengulas novel VT karya Hilal Asyraf,dan kini giliran novel Terasingnya pula saya kupas.

Sinopsis
Saifullah hidup bahagia dengan Tengku Atikah bersama anak-anak mereka Shuraish,Waqas & Faizan.Saifullah,seorang pensyarah di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim,dan Tengku Atikah,seorang peguam bekerjasama erat dengan Tengku Saifullah(abang Tengku Atikah a.k.a abang ipar Saifullah,jangan confuse) dalam membangunkan Yayasan Tuju Penyayang,satu kebajikan daripada Syarikat Tuju milik keluarga Tengku Saifullah dan Tengku Atikah.Namun, Saifullah bermimpi mengenai Zaman,sahabatnya datang menagih janji.

Setelah lama terputus hubungan,Zaman muncul semula.Zaman muncul setelah rumah Tengku Saifullah dipecah masuk,tak lama kemudian Saifullah diancam bunuh!Mujur Amiri,adik iparnya yang berkhidmat di pihak keselematan negara berpesan supaya sentiasa berwaspada.Bahkan Yayasan Tuju Penyayang turut menerima ancaman!Semua ini terkait dengan satu kumpulan yakuza Jepun, Homurodama yang cuba bertapak di Malaysia.Krisis dibina satu persatu hingga Tengku Atikah dan anak-anaknya diculik!

Adakah Zaman punya kaitan dengan Homurodama?Siapakah ketua Homurodama,apakah kaitannya dengan Saifullah?Hanya RM20 untuk sebuah novel yang cukup bermanfaat(bukan dapat banyak duit raya tahun ni,hehehe...)

Ukhuwah:Kelainannya Dalam Terasing
Kalau anda nak baca ulasan dari sudut bahasa & sastera,boleh baca ini(siri 1) dan di sini(siri2). Namun,apa yang saya ingin fokus mengenai persoalan ukhuwah dalam novel ini.

Hilal Asyraf cuba memaknakan ukhuwah,lebih daripada perkenalan antara 2 insan(mikro). Mungkin jua perhubungan antara 2 negara(makro). Sayangnya, aspek ukhuwah secara makro hanya terkandung dalam satu tazkirah Saifullah kepada staf rumah kebajikan Yayasan Tuju Penyayang.Keterbatasan watak selaku manusia biasa,bukannya pemegang kuasa negara mungkin menjadi punca aspek ini kurang tertonjol.
Namun aspek ukhuwah mikro itu masih ada istimewanya.Bayangkan anda punya sahabat yang akrab,peribadinya mantop satu ketika dahulu.Setelah berbelas tahun terputus hubungan dengannya,tiba-tiba anda mendapat tahu beliau baru sahaja dibebaskan dari pusat serenti! Mampukah anda menerimanya semula sebagai seorang sahabat dan membimbingnya?

Contoh di atas hanyalah analogi kepada ujian persahabatan antara Saifullah dan Zaman(tak semestinya Zaman jadi penagih dadah ye).Erti persahabatan yang dimaksudkan Hilal,bukan sekadar berkenalan dan berpisah(pastinya kerana Allah) bahkan sanggup membimbing sahabatnya yang terjerumus dalam lembah kehinaan.Satu keadaan yang tak pernah kita fikirkan sebelum ni,betul tak?

Kalam Terpaksa Dinoktahkan
Mahu saja saya tulis panjang lebar mengenai novel ini.Namun,saya serahkan kepada pembaca yang berminat untuk menambah isi yang telah saya ungkapkan di sini(lagipun,pembaca blog tak suka baca panjang-panjang^^).Sesiapa berminat,novel ini hanya berharga RM20,tak banyak dibandingkan duit raya yang kita dapat.Kalau ada yang sudi tambah isi ulasan ni lagi,silakan berbuat demikian di ruang komen ye...kritikan diterima,bukan KUTUKAN!

Gambar-gambar diculik disalin daripada blog Hilal Asyraf.

Khamis, 17 September 2009

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan 2009

Alhamdulillah, pada tarikh 25 Ramadhan yang lalu, pihak BADAR SBPI Sabak Bernam telah berjaya menganjurkan Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan tahun 2009. Majlis diadakan di surau as-Syakirin dan telah dihadiri oleh para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah.

Majlis dimulai dengan acara khatam al-quran dan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan sepanjang program ini berlangsung. Penolong kanan kokurikulum, En. Suhami bin Sabran turut berkenan untuk menyampaikan ucapan ringkas sempena penutupan program ini.

Majlis tamat pada jam 6.50 petang. Para pelajar, guru2 dan kakitangan sekolah kemudiannya telah beransur ke Kafe d'Ria untuk menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama (Yay, makan nasi briyani + ayam berempah + ketupat Kelsoff... SEDAP~).

Akhir kalam, terimalah sebuah persembahan multimedia daripada kami berkaitan Program Ihya' Ramadhan buat tahun 1430 hijrah ini~