Khamis, 17 September 2009

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan 2009

Alhamdulillah, pada tarikh 25 Ramadhan yang lalu, pihak BADAR SBPI Sabak Bernam telah berjaya menganjurkan Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan tahun 2009. Majlis diadakan di surau as-Syakirin dan telah dihadiri oleh para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah.

Majlis dimulai dengan acara khatam al-quran dan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan sepanjang program ini berlangsung. Penolong kanan kokurikulum, En. Suhami bin Sabran turut berkenan untuk menyampaikan ucapan ringkas sempena penutupan program ini.

Majlis tamat pada jam 6.50 petang. Para pelajar, guru2 dan kakitangan sekolah kemudiannya telah beransur ke Kafe d'Ria untuk menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama (Yay, makan nasi briyani + ayam berempah + ketupat Kelsoff... SEDAP~).

Akhir kalam, terimalah sebuah persembahan multimedia daripada kami berkaitan Program Ihya' Ramadhan buat tahun 1430 hijrah ini~



6 ulasan:

  1. Moga ramadhan yang bakal berlalu pergi bersama dosa-dosa lalu..
    Hmm.sedih mengenangkan tahun ni ramadhan terakhir di sekolah..
    Tahun depan entah di mana..itupun kalau dipanjangkan umur..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    tahniah la atas Ihya Ramadan yg meriah,seperti yg tergambar dlm video tu...

    Izzati,Ramadan terakhir di sekolah, tandanya bekal jati diri perlu dipersiap,menghadap gelora lautan realiti pasca SPM

    Untuk BADAR,tahniah kerana menghidupkan aktiviti kerohanian di sekolah.Tapi jgn sesekali lari drpd matlamat asalmu,HIDUPKAN HATI-HATI WARGA INTERSABER!

    BalasPadam
  3. ASSALAMUALAIKUM...
    SAYA INGIN MENYATAKAN RASA KESAL ATAS APA YANG TERJADI SEPANJANG BULAN RAMADHAN DI SBPISB. BUKAN SALAH SEMUA TETAPI SEGELINTIR PELAJAR YANG MEMENTINGKAN DIRI...
    SEPATUTNYA BULAN RAMADHAN INI DIGUNAKAN UNTUK MEMPERBAIKI DIRI KITA KEARAH YANG LEBIH BAIK TETAPI MEREKA MENGGUNAKANNYA SEBAGAI PELUANG UNTUK BERSANTAI DAN MELEPAK...
    CONTOHNYA SEMBAHYANG TARAWIKH TAK SEMUA YANG BUAT, ADA YANG MELEPAK KAT KELAS, BELAKANG SURAU DAN TEMPAT LAIN. KALAU KESANA UNTUK MENUNTUT ILMU SEBAGAI PERSEDIAAN PEPERIKSAAN BOLEHLAH DIMAAFKAN SEDIKIT TETAPI MEREKA HANYA BERSEMBANG BENDA YANG BUKAN2, LEBIH TERUK LAGI YANG MENGUMPAT TENTANG CIKGU...
    LAGI STU ADA JUGAK YANG BERKAPEL...X FAHAM BAHASA BEUL BUDAK TU. LEBIH2 LAGI MASA BALIK PILIHAN. LAGI SIIT ORANG MAKIN GALAK LA BERKAPEL..
    LAST SEKALI PASAL MEROKOK...
    DAH LA KAT TEMPAT BAHAYA...
    KANTOI MEROKOK SATU HAL....
    KANTOI MEROKOK KAT ATAS SILING BILIK BACAAN PON SATU HAL LAGI...
    MALAS LA NAK CAKAP PANJANG LEBAR PASAL ROKOK NI, SEMUA DAH JELAS TERUTAMA PELAJAR VILLA D' PUTRA.
    SAYA HARAP KEPIMPINAN BADAR TAHUN DEPAN DAPAT MENGHAPUSKAN GEJALA INI SAMA ADA PADA BULAN RAMADHAN ATAU BULAN2 LAIN...
    SEKIAN, TQ.

    BalasPadam
  4. Terima kasih kepada Izzati, Tanpa Nama dan Pencinta Ramadhan atas komen-komen kalian!

    Cumanya berkaitan dengan komen Pencinta Ramadhan,
    "Contohnya sembahyang tarawikh tak semua yang buat, ada yang melepak kat kelas, belakang surau dan tempat lain. Kalau kesana untuk menuntut ilmu sebagai persediaan peperiksaan bolehlah dimaafkan sedikit tetapi mereka hanya bersembang benda yang bukan2, lebih teruk lagi yang mengumpat tentang cikgu..."

    Saya yakin saudara amat prihatin dgn tindakan rakan2 saudara, oleh itu syabas saya ucapkan!

    Walaubagaimanapun, kami pihak BADAR bukanlah langsung tidak mengambil apa2 tindakan. Dah byk dah pun tindakan yang diambil, namun byknya sekadar menyiram air ke daun keladi je...

    Tetapi, itu bukanlah suatu alasan saya kira... Alasan yg lebih sedap berbunyi, "kita dah berusaha, Allah yang menentukan! Walau bagaimanapun kita tegur, beri nasihat, tetapi kalau tidak sampai nur hidayah (bkn nama orang ye!) Allah itu, tiada apa yg kita mampu lakukan kecuali berdoa! Berdoalah agar mereka itu dikurniakan hidayah, jangan terus biarkan mereka hanyut dalam kesesatan!"

    Dan kenapa perlu kita berdoa? Hal ini demikian kerana, hidayah itu adalah milik Allah semata-mata. Allah jualah yang berhak menentukan siapakah yg layak memperoleh hidayah daripada-Nya. Kita sbg manusia hanya mampu berdoa agar dikurniakan hidayah oleh-Nya.

    Ingat kembali perihal nabi Nuh dan keluarga baginda, serta kisah menyayat hati nabi Muhammad dan bapa saudara baginda...

    "SAYA HARAP KEPIMPINAN BADAR TAHUN DEPAN DAPAT MENGHAPUSKAN GEJALA INI SAMA ADA PADA BULAN RAMADHAN ATAU BULAN2 LAIN...
    SEKIAN, TQ.
    "

    Tidak mustahil nak menghapuskan perkara ini, tetapi sdr harus ingat, transformasi bkn shj perlu dilakukn oleh pihak BADAR, bahkan semua pelajar harus terlibat sama. Seandainya ini yg terjadi, InsyaAllah, mudah-mudahan sekolah kita akan berjaya melahirkan muslimin dan muslimat yang benar2 bertaqwa kpd Allah dgn sebenar-bensr taqwa. Ameen...

    Akhir sekali,
    sekadar nak menyedarkan je ^^ , sebenarnya... start bulan Ogos haritu... saf kepimpinan dah pun beralih kpd badar 09/10. Hehe... (sbb itulah mereka yg menguruskan perihal kuliah, usrah, risalah, dan ihya' ramadhan hari tu...zzz)~ Carta organisasi pun dah guna carta organisasi depa... kami yg tua2 ni... sekadar assist mereka jelah sementara nak menunggu expiry date tiba... ^^ ~

    BalasPadam
  5. maaf la ye...
    komen saya sebelum ini cuma untuk memberi peringatan bukan untuk menyalahkan sesiapa.....
    mungkin ayat yang digunakan saya tidak sesuai sebelum ini...
    oleh itu,saya ingin memohon maaf kpd badar sbpi sb terutamanya moderator blog ini kerana tersilap kata...
    harap didalam bulan syawal yang mulia ini, saudara memaafkan saya...
    sekian...
    -HAMBA YANG BERSALAH-

    BalasPadam
  6. Rasa2nya ramai yang pernah dgr frasa ni (drp cerekarama2 Melayu tu),

    Sedangkan nabi maafkan ummat...


    Jadi, rasa2nya tidak ada apa yang perlu didendamkan pun. Dan pasal kesilapan itu, mmg fitrah kita sbg 'manusia biasa' terlanjur dalam perbuatan kita. Kita tidak 'maksum', makanya tidak hairanlah andai kita terlanjur dlm perbuatan kita.

    Kepada "Pencinta Ramadhan", kami krew blog ini langsung tidak menyimpan dendam atas apa yg berlaku. Kami faham apa yang saudara cuba sampaikan kpd kami dan rasa2nya tidak salah andainya ada insan yang menegur kesalahan kita.

    Akhir kalam, saya mewakili krew blog BADAR ini, ingin memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa mahupun tersilap bicara sepanjang menyelia blog ini. Semoga kemaafan yang dipinta ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah kita kelak...

    Wallahua'lam...

    BalasPadam