Jumaat, 27 Jun 2008

Ahhhhh!!!Indahnya....

Nasi lemak buah bidara,
Biji selasih hamba lurutkan;
Tinggal emak tinggal saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.
Indahnya alam remaja,zaman mengecap nikmat dunia.....apatah lagi yang disebut cinta. Sesetengah orang mengecap nikmat cinta dengan ber'couple'.

'Eh,boleh ke 'couple' dalam Islam?'
'Kami bukan buat yang bukan-bukan,jumpa-jumpa,sambil-sambil study.'

Apa kata Al-Quran(bukan ustaz je yang cakap...) ?Surah Al-Isra' ayat 32 ada menyebut:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Dan sepotong hadis Rasulullah S.A.W daripada Abu Hurairah r.a mafhumnya:

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti

Burung terbang melayang-layang,
Dari sawah turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

'Demi cintaku padamu...'
Bak kata lirik lagu kumpulan Search,yang menggambarkan kehebatan cinta.Pantun Melayu di atas lagi dahsyat,sanggup tinggal emak tinggal keluarga kerana hati menurutkan kekasih!Bukan setakat itu sahaja,orang Melayu pun tahu pandangan itu sebahagian daripada bunga-bunga cinta (baca:ZINA) seperti pepatah Arab menyebut'an-nazarah as-siham min as-siham syaitan'.

'Habis macam mana 'bercinta' cara Islam?'

Harus diingat Islam ialah agama fitrah,dan fitrah manusia tertarik pada jantina berlawanan disalurkan ke jalan perkahwinan....

'Macam mana kita kenal pasangan kita tu,baik ke jahat ke,kalau tak bercinta dulu?'

Saya mengajak saudara sekalian berfikir secara rasional,adakah perwatakan yang ditunjukkan oleh buah hati kita itu ialah keperibadiannya atau lakonan semata-mata?Meniti jinjang pelamin ada cara dan adabnya,antara lain merisik.Di situlah kita ingin mengetahui latar belakangnya dengan lanjut sebelum membuat keputusan.

Nasihat saya,fokus kepada pelajaran kerana kita sedia maklum bahawa menuntut ilmu itu wajib ke atas kita semua,berbanding kewajipan berkahwin apabila berkemampuan secara fizikal dan mental serta berasa tidak mampu menahan keinginannya.

'...cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia.Ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci.Cuma tanahnyalah yang berlain-lain menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan,kedustaan, penipu,langkah serong dan lain-lain perangai yang tercela.Tetapi jika ia jatuh kepada tanah subur, di sana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan,setia,budi pekerti yang tinggi,dan lain-lain perangai yang terpuji.'

Sekian saya salinkan daripada Di Bawah Lindungan Kaabah karangan HAMKA semoga kita semua menjadi 'tanah subur' yang disemai embun cinta yang akarnya iman,batangnya taqwa, dedaunnya akhlak mahmudah yang langsung membuahkan reda Ilahi,InsyaAllah(klik di sini dan hayati cerita ini)




1 ulasan: