Bisik hati saya,menyangkal tanggapan awal saya terhadap program ini(motivasi untuk pelajar Ting. 3 & 5 oleh Team Bina Insan,webnya ada di Laman Pilihan).Apa yang menarik perhatian saya ialah mereka menggunakan pendekatan tazkiyatun nafs iaitu penyucian hati secara rohani.
Sesi kami dimulai dengan salam(disentuh mengenai amalan menyebarkan salam) dan zikir munajat.Alangkah tenangnya jiwa berzikir sambil menginsafi kelemahan diri.Secara peribadi sesi motivasi kali ini yang pertama kali penulis ikuti dimulai dengan sesi zikir.
Kami juga ditekankan dengan perihal pentingnya kembali kepada Allah,dari sekecil-kecil menjawab persoalan bertanya khabar(alhamdulilah dulu tau!) hinggalah mendirikan solat.Jangan tak tahu,tinjauan rambang oleh mereka pada malam itu mendapati 40% pelajar tidak cukup solat 5 waktu sehari semalam(masa cutilah ini).Agaknya sebab ini pihak BADAR payah nak kejut orang bangun Subuh dan membanteras solat dalam dorm kot(jangan marah ^_^).
Pengalaman ini memberi makna buat penulis,bahawa motivasi yang teragung & terindah hanyalah daripada ALLAH S.W.T ,seperti firman Allah dalam Surah As-Syams ayat 8-10:
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Moga kita semua mengambil manfaat daripada program yang diadakan dengan niat ikhlas kerana ALLAH!
Assalamualaikum..
BalasPadamerm.. sy baru je tahu about this blog.. and bile bace tntng motivasi ni.. terlintas di hati untuk memotivasikan diri sendiri dan rakan2..
erm.. nak tnye sket..
motivasi mcm ni boleyh x kalau dibuat di skola tempat saya belajar..
skola sy di daerah nilai..
smk kompleks kLIA..