Jumaat, 30 Januari 2009

Minda Katak

Kalau disebut katak,ramai yang menunjukkan ekspresi geli,ada yang berasa takut dan seribu satu macam perasaan lain(terkenang pada sahabat-sahabat yang mencari katak sampai lewat malam dek kerana eksperimen biologi esok harinya^_^).Namun,katak ini begitu terkenal dengan perumpamaan yang tak perlu diberitahu maksudnya lagi,iaitu...
Bagai katak di bawah tempurung
Ada satu kisah menarik mengenai katak.Pada suatu hari(hai jadi pencerita pula...),seorang penyelidik mengambil seekor katak dan diletakkan ke dalam air panas yang sedang menggelegak.Apa lagi,sang katak pun bertindaklah seperti mana fight or flight response(cerita Biologi lagi>.<), melompat bagi menyelamatkan diri.Si penyelidik masih tidak berputus asa,lalu menangkap katak tersebut dan diletakkan di dalam seperiuk air sejuk,yang sedang dipanaskan.
Baru betul habitat aku,'getus hati kecil sang katak(anggaplah katak ada hati)
Suhu air pun makin lama,makin meningkat.Dek kerana terlalu leka,sang katak pun bertukarlah menjadi katak rebus.Tapi disebabkan tak dicuci terlebih dahulu,katak yang malang ini pun dibuang begitu sahaja,tanpa menjadi santapan bagi penggemar sup katak...(betul ke tidak cerita ini wallahua'lam).

Kalau direnung maksud peribahasa tadi,ia menggambarkan orang yang tidak mahu mengambil tahu(baca:peduli) tentang hal ehwal semasa.Cerita katak yang melompat mengelak air panas yang menggelegak pula menggambarkan orang yang bersikap reaktif,memberi respon(yang kadang kala melulu) pada sesuatu isu.Orang boikot,dia boikot.Orang marah,dia pun marah. Apabila ditanya'Tahukah anda bila negara Israel ditubuhkan?'maka hanya segelintir sahaja yang dapat menjawab dengan betul(teringat pula pada keletah artis yang gelabah jawab soalan mengenai Rukun Negara dalam 1 rancangan T.V).Sekurang-kurangnya,ada juga kepedulian berbanding spesies 'katak di bawah tempurung' tadi.

Masuk bab kedua sang katak yang malang tadi,itu menggambarkan orang yang begitu selesa dengan keadaan kini sampailah musibah menimpa buat jiwanya tak keruan (alamak,ekonomi gawat,kena buang kerja pula).Samalah nanti apabila kita ditimbang dengan neraca agung dan diadili oleh Hakim Yang Maha Adil(ingatan jua buat diriku yang hina).

Ada satu lagi perangai katak,iaitu suka melompat ke sana-sini.Oleh sebab Allah tak kurniakan makhluk-Nya yang seekor ini aqal(yang istimewa buat manusia sebagai khalifah),maka banyaklah katak yang mati di bawah tayar-tayar kenderaan.Arakian,terbitlah simpulan bahasa 'mati katak',untuk orang yang mati secara sia-sia seperti kebanyakan dajal-dajal rempit dan juga hantu-hantu gian.Tetapi heboh juga se-Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak mengenai orang yang suka 'melompat' ini.Secara PERIBADI(bukan mewakili BADAR SBPISB),biarlah melompat ke pakatan ke atau ke barisan ke,yang penting nawaitunya LILLAHI TAALA,bak sabda Nabi S.A.W:

“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.


Kisah katak ini juga satu analogi secara tidak langsung terhadap firman Allah:


Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.Surah Al-A'raf:ayat 179

Walau bagaimanapun,adanya katak dapat juga mengawal populasi penyebar Denggi & Chikunguya.Merenung ke dalam diri,barulah tersedar...
Kita pun ada minda katak juga(tapi tak banyak kot...)
nota:Lebih baik betulkan BARISAN(SAF)solat jemaah,dapat juga mengukuhkan PAKATAN ummah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan