Ahad, 25 Januari 2009

Gerhana Matahari


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa yang mempunyai 60%-80% proses gerhana ini pada kira-kira jam 4.30 petang pada 26 Januari .ini.Peratusan ini bergantung kepada kawasan atau pun zon di Malaysia.

Dalam satu kenyataannya semalam, Angkasa berkata fenomena itu berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan lebih kecil daripada matahari.

Antara tempat yang boleh dikunjungi untuk menyaksikan proses gerhana ini ialah di USM, Pulau Pinang, Planetarium Negara Kuala Lumpur, Balaicerap Universiti Darul Iman (KUSZA), Terengganu, Balaicerap Al-Khawarizmi, Melaka dan Planetarium Iskandar di Kuching Sarawak.

“Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa pada kira-kira jam 4.30 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini dikenali sebagai ‘sentuhan pertama’ iaitu permulaan gerhana matahari separa,” kata kenyataan itu.” Angkasa menjemput orang ramai menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program pencerapan gerhana matahari separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 malam pada 26 Januari ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur.

Antara aktiviti pada hari berkenaan ialah tayangan filem SOS Planet di Teater Angkasa pada 5 petang dan tayangan laser The Legend of the Night Sky.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Jan melalui laman web www.angkasa.gov.my

Gerhana Matahari turut dapat dilihat pada 22 Julai 2009 dan 15 Januari 2010.

Jadi marilah kita bersama-sama menunaikan solat sunat gerhana matahari di surau2 atau masjid2 yang berdekatan~

2 ulasan:

  1. Assalamjualaikum
    Subhanallah
    Sungguh menakjubkan

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam~
    Betul2...
    Tapi Tomato...x ramai yg dpt tgk mende ni...
    Klang hujan...Rawang mendung...
    Kita ni kira bertuah dpt tgk gerhana ni...
    Alhamdulillah...

    BalasPadam