Isnin, 29 Disember 2008

Blog Hina Islam? versi 2.0

108. dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan.

Salam Maal Hijrah...Tahniah kepada Dato' Seri Harussani B. Zakaria(Mufti Perak) dan Dr. Wahbah Az-Zuhaily kerana menjadi penerima Anugerah Maal Hijrah 1430H.Tak lupa juga takziah kepada keluarga diraja Negeri Sembilan atas kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman,dan sembah daulat tuanku kepada DYMM Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,atas pemasyhuran sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11(raja-raja Melayu inilah ulil amri a.k.a ketua agama Islam di Malaysia).


Berbalik kepada isu kita,Islam sebagai agama perdamaian tidak pernah bersikap provokatif ke atas mana-mana agama yang lain.Memetik kata-kata Prof. Dr. Mahmud dalam menafsir ayat di atas"Islam melarang mencerca sembahan orang musyrik,apatah lagi menghina penyembahnya."Mengapa agama lain bersikap provokatif terhadap Islam?Jawapannya terletak kepada Islam yang bukan sahaja agama spiritual,bahkan cara hidup yang lengkap(ad-din as-syumul).

Sudah tiba masanya umat Islam 'berhijrah'(dah masuk tahun baharu Hijrah pun...) dengan mengamalkan cara hidup Islam yang syumul itu...bukan semata-mata pada ibadah bahkan ekonomi,cara hidup sosial,politik dan perundangan(bab hudud dengan qisas insya-Allah disentuh kemudian..belum cukup ilmu...).Anda dipersilakan komen gambar di bawah...



1 ulasan:

  1. pada pandangan saya, blog tersebut amat teruk dan menghina agama islam. namun saya rasa 'profile' seorang wanita yang digunakan hanyalah sebagai alat samaran semata-mata. gaya penulisan lebih cenderung menunjukkan penulis berbangsa cina. jika ini benar, maka umat islam kini sedang diserang dalam diam. umat islam kini hendaklah lebih berhati-hati.

    BalasPadam