Ahad, 29 Jun 2008

Insaflah...

....untuk menukar agama ini adalah sangat mudah sekali di negara kita. Apa yang di perlukan hanyalah 2 keping gambar, duit setem RM 7.00 dan pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur untuk mengangkat sumpah tukar agama, selesai. Walaupun demikian, status agama pada kad pengenalan tidak di ubah (Masih di tulis "Islam") meskipun mereka telah selesai 3 perkara di atas, dan ini menyebabkan golongan-golongan murtad ini agak sukar di kesan di negara kita. Dan kerana itulah munculnya nama seorang wanita bernama Lina Joy yang ingin status agama pada kad pengenalan nya ditukar - Jika dia tidak berbuat demikian (tukar status agama pada kad pengenalan), nescaya kita tidak akan tahu bahawa dia telah murtad. Siapa sangka, ramai lagi spesis-spesis Lina Joy di luar sana yang tidak mendedahkan akan kemurtadan mereka secara umum?

Kerana Mulut....

Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut......Pulut Habis!!!(kata Ust. Anuarlah...)
Ramai antara kita tak sedar banyak membuat dosa dengan mulut.Itulah sebabnya Luqman Hakim mengatakan bahawa hati & mulut itu petanda baik jahatnya seseorang(kisah tuannya meminta daging yang paling elok dan paling buruk)

Di sini saya salinkan jenis perkataan yang keluar daripada mulut kita:
  • Perkataan yang bijak
Sekiranya berbicara setiap kata-katanya jelas dan berhikmah(sarat dengan ilmu,hikmah & zikir)Pabila ia berkata ,ia memberikan faedah buat yang mendengar dan pendengar mendapat manfaat daripada kata-katanya.Namun orang bijak jarang berbicara bahkan lebih suka mendengar bagi mengambil hikmah daripada percakapan itu.
  • Perkataan orang biasa
Perbualan kosong tanpa asas dan pengisian nilai(contoh pasal bola,gosip dan isu yang tiada hikmah,biasanya peristiwa/kejadian dalam hidup seharian jalan ceritanya).Waktu bicaranya berlalu tanpa hikmah dan merugikan(Innal insana la fi husr)

  • Perkataan orang yang dangkal
Lebih sibuk memperkatakan kehebatan dirinya yang mahu dirinya rasa dihargai.Orang yang tiada harga diri memang selalu ingin dihargai.
  • Perkataan orang bemartabat rendah
Hanya berisi keluhan,hinaan,cacian dan makian.Orang ini tidak pernah menerima apa yang ada di hadapannya dan selalu mencari kekurangan perkara-perkara di sekeliling.
Setiap kata yang diungkapkan memperlihat keburukan dirinya sahaja.

Renungkanlah,martabat mana mulut kita berada.Jangan terkeluarB#*I @ P*#%(fikir sendirilah!) lebih baik ucapkan salam @ zikrullah.Selamat beramal!!!

Sabtu, 28 Jun 2008

Motivasi?...

'Menarik rupanya....'
Bisik hati saya,menyangkal tanggapan awal saya terhadap program ini(motivasi untuk pelajar Ting. 3 & 5 oleh Team Bina Insan,webnya ada di Laman Pilihan).Apa yang menarik perhatian saya ialah mereka menggunakan pendekatan tazkiyatun nafs iaitu penyucian hati secara rohani.

Sesi kami dimulai dengan salam(disentuh mengenai amalan menyebarkan salam) dan zikir munajat.Alangkah tenangnya jiwa berzikir sambil menginsafi kelemahan diri.Secara peribadi sesi motivasi kali ini yang pertama kali penulis ikuti dimulai dengan sesi zikir.

Kami juga ditekankan dengan perihal pentingnya kembali kepada Allah,dari sekecil-kecil menjawab persoalan bertanya khabar(alhamdulilah dulu tau!) hinggalah mendirikan solat.Jangan tak tahu,tinjauan rambang oleh mereka pada malam itu mendapati 40% pelajar tidak cukup solat 5 waktu sehari semalam(masa cutilah ini).Agaknya sebab ini pihak BADAR payah nak kejut orang bangun Subuh dan membanteras solat dalam dorm kot(jangan marah ^_^).

Pengalaman ini memberi makna buat penulis,bahawa motivasi yang teragung & terindah hanyalah daripada ALLAH S.W.T ,seperti firman Allah dalam Surah As-Syams ayat 8-10:

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Moga kita semua mengambil manfaat daripada program yang diadakan dengan niat ikhlas kerana ALLAH!

filem cinta helium-xenon sbpisb ep. 2

Kalau bicara pasal cinta,
biar jejak ke akar agama...
(satu karya kreatif pelajar sekolah kita, HeliumXenon Corp.)

Jumaat, 27 Jun 2008

jAtI DiRi?!#@*....

Apa makna jati diri pada anda?

Jernihkan
Akhlak
Teguhkan
Iman

Didik hati dengan
Ilmu & Ibadah,cari
Reda
Ilahi

Marilah bersama kita sahut seruan Program Jati Diri SBPI Sabak Bernam,ke arah
'Melahirkan Generasi Ulul Albab Cemerlang' TAKBIR!!!

Ahhhhh!!!Indahnya....

Nasi lemak buah bidara,
Biji selasih hamba lurutkan;
Tinggal emak tinggal saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.
Indahnya alam remaja,zaman mengecap nikmat dunia.....apatah lagi yang disebut cinta. Sesetengah orang mengecap nikmat cinta dengan ber'couple'.

'Eh,boleh ke 'couple' dalam Islam?'
'Kami bukan buat yang bukan-bukan,jumpa-jumpa,sambil-sambil study.'

Apa kata Al-Quran(bukan ustaz je yang cakap...) ?Surah Al-Isra' ayat 32 ada menyebut:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Dan sepotong hadis Rasulullah S.A.W daripada Abu Hurairah r.a mafhumnya:

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti

Burung terbang melayang-layang,
Dari sawah turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

'Demi cintaku padamu...'
Bak kata lirik lagu kumpulan Search,yang menggambarkan kehebatan cinta.Pantun Melayu di atas lagi dahsyat,sanggup tinggal emak tinggal keluarga kerana hati menurutkan kekasih!Bukan setakat itu sahaja,orang Melayu pun tahu pandangan itu sebahagian daripada bunga-bunga cinta (baca:ZINA) seperti pepatah Arab menyebut'an-nazarah as-siham min as-siham syaitan'.

'Habis macam mana 'bercinta' cara Islam?'

Harus diingat Islam ialah agama fitrah,dan fitrah manusia tertarik pada jantina berlawanan disalurkan ke jalan perkahwinan....

'Macam mana kita kenal pasangan kita tu,baik ke jahat ke,kalau tak bercinta dulu?'

Saya mengajak saudara sekalian berfikir secara rasional,adakah perwatakan yang ditunjukkan oleh buah hati kita itu ialah keperibadiannya atau lakonan semata-mata?Meniti jinjang pelamin ada cara dan adabnya,antara lain merisik.Di situlah kita ingin mengetahui latar belakangnya dengan lanjut sebelum membuat keputusan.

Nasihat saya,fokus kepada pelajaran kerana kita sedia maklum bahawa menuntut ilmu itu wajib ke atas kita semua,berbanding kewajipan berkahwin apabila berkemampuan secara fizikal dan mental serta berasa tidak mampu menahan keinginannya.

'...cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia.Ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci.Cuma tanahnyalah yang berlain-lain menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan,kedustaan, penipu,langkah serong dan lain-lain perangai yang tercela.Tetapi jika ia jatuh kepada tanah subur, di sana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan,setia,budi pekerti yang tinggi,dan lain-lain perangai yang terpuji.'

Sekian saya salinkan daripada Di Bawah Lindungan Kaabah karangan HAMKA semoga kita semua menjadi 'tanah subur' yang disemai embun cinta yang akarnya iman,batangnya taqwa, dedaunnya akhlak mahmudah yang langsung membuahkan reda Ilahi,InsyaAllah(klik di sini dan hayati cerita ini)




Rabu, 4 Jun 2008

PERHATIAN!!!

> Original message from BaYanGKanoha:
> Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.
Gunakan hak kita sebagai pengguna,untuk mendapat informasi yang wajar.....
jangan ditipu oleh muSANG kapitalis yang berbulu ayam...
TAKBIR!!!

(daripada buletin friendster)

Selasa, 3 Jun 2008

Ahad, 1 Jun 2008

Pendoa

Dia berteleku

di atas sejadah cinta

seikhlas hati

menghadap rumah

keagungan-Nya

kepingin dia

jejak di situ

dalam sunyi

bibirnya menutur

Subhanallah

Alhamdulillah

La Ilaha Illallah

Allahu Akbar

madah seribu pujian

pada Pencipta


Tatkala fajar menyingsing

dalam sepi itu

menyapa lubuk hati

muhasabah sendiri

dan gelap buana sirna

dek suluhan mentari siang

tika waktu dhuha

nota:Tersiar dalam Dewan Siswa November 2008(hasil karya saudara Muhammad Fakhruddin)


JANGAN MEMBAZIR!

Firman Allah,mafhum-Nya:

'Makanlah dan minumlah dan jangan kamu membazir'
(*nota:ADA DEKAT KANTIN SEKOLAH!)

Apa yang kita fahami,bahawa Allah memerintahkan kita agar jangan membazir,sebagaimana
yang kita maklum daripada ayat di atas.Namun begitu,segelintir kita begitu asyik berhibur tanpa disedari telah banyak membazir!Ada beberapa kisah benar di SBPISB yang menjurus ke arah pembaziran,terutamanya sambutan hari lahir seseorang.Ada rakan yang
membaling tepung dan telur kepada rakan yang menyambut hari lahirnya,tetapi mengapa begitu sekali cara seorang rakan meraikan hari lahir rakannya?Bukankah itu kelihatan kasar,baik dari segi adab apatah lagi agama.

Di sini ialah senarai pembaziran yang berlaku dengan cara tersebut:

  • Membazir waktu.Kebanyakan sambutan begini dibuat pada waktu larut malam(biasanya dalam tandas asrama....).Bukankah malam waktu untuk kita berehat dan memulihkan tenaga untuk pembelajaran keesokan harinya?
  • Membazir makanan.Di tengah krisis beberapa bahan makanan dan kenaikan harga barangan,tergamak kita menggunakannya untuk tujuan seperti ini. Alangkah sedapnya kalau dapat kita menikmati telur itu sendiri,atau dihulur pada yang memerlukan buat sedekah(terutamanya rakan kita mangsa taufan Nargis di Myanmar dan gempa di Sichuan,China....).
  • Membazir 'dosa'.Tak salah kalau perbuatan ini diredai oleh rakan kita itu,tetapi bagaimana kalau sebaliknya berlaku?
Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak(maaf jika ada yang terasa^_^) tetapi sekadar memberi ingatan kepada anda dan diri saya juga....(cuba baca ni)
Sekian,wassalam......

Beringat Enam Perkara....

Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat", iaitu : -

  1. Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
  2. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
  3. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).
  4. Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
  5. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
  6. Dan... orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.

Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."

*terima kasih kepada saudari Nor Alia Nor Azam


Nakbah!?

Jangan jadi aiman tak kesah.........

Nak dijadikan kata sahibul hikayat,ana terjumpalah akhbar Utusan(klik pada Utusan) pasal Nakbah(!?mende tu) .Serasanya warga INTERSABER sudah didedahkan secukupnya pasal isu ini. Persoalannya,di mana kita sebagai muslim prihatin,yang kata Nabi muslim dengan muslim lain macam bangunan yang saling melengkapi.Jihad kita di pelbagai bidang,yang pandai manfaatkan ilmu membela umat,yang jadi atlet biar berjati diri,pelihara aurat macam Ruqaya Al-Ghasara yang mengangkat nilai Islam,yang fasih teruuussss sebarkan dakwah dengan lisan anda,walau sepatah kata mafhum dari hadis Nabi. Renung-renungkan, timbang- timbangkan moga kita tak tersalah timbang di depan-Nya kelak...(elok juga baca artikel ni)
*Moleklah tuan hamba kiranya merenung cerpen ini...(klik di sini)

video

Baju Kurung Seksi???

Ops,isu sensitif ni!Kata sesetengah pihak(lebih tepat PKPIM),pakaian warna PUTIH lagi JARANG inilah yg mengusik naluri kejantanan sesetengah insan(apalagi kalau bukan lelaki) . Padaku, peraturan tu WAJIB DIPERKETATKAN lagi,contoh jangan pakai yang jarang-jarang, apatah lagi yang ketat-ketat jauh sekali yang tak cukup kain & nampak pusat(kata ustaz kain dah mahal nak buat baju yang menutup aurat)...Bukan setakat pelajar cikgu pun sama ,tak dilupakan para jejaka, jangan main terdedah aurat & tak ingat dunia akhirat langsung meninggalkan solat....(sebab our beloved principal once said that there is no compulsory at MOE,even veils(tudung dah...) is not compulsory to all muslim teachers and students, MasyaAllah) Sama-sama beringat & saling mengingatkan(baca di sini).....tambahan di sini
video

Soalan Cepumas?...


Andainya anda diajukan kenyataan berikut,apakah jawapan sewajarnya anda kemukakan.......

“Apa bezanya seorang muslim dan penyembah berhala, kerana berhala diperbuat daripada batu, sedang Kaabah yang dihadap muslim ketika solat diperbuat daripada batu”

Apakah jawapan dan dalil yang kita mahu tampilkan ? Secara ringkas, kita kita tidak sesekali menyembah Kaabah seperti berhala pujaan penyembahnya tetapi yang disembah itu ialah Yang Empunya Kaabah iaitu Allah...dan tidaklah seorang muslim perlu menghadirkan diri di hadapan Kaabah secara nyata seperti penyembahan berhala,cukup sekadar menghadap ke arahnya seperti sepotong hadis daripada Al-Baihaqi:

البيت قبلة لأهل المسجد و المسجد قبلة لأهل الحرم و الحرم قبلة لأهل الأرض في مشارقها و مغاربها من امتي

Baitullah(Kaabah) adalah kiblat bagi orang-orang yang dalam masjid.Dan masjid adalah kiblat bagi orang-orang yang tinggal di Tanah Haram(sekeliling Makah).
Dan Tanah Haram(Makkah) adalah kiblat bagi seluruh penduduk bumi,timurnya dan baratnya dari umatku.”

Perihal Kiblat

Dalam Tafsir Al-Azhar karangan Dr. HAMKA memetik ayat 142 hingga 152 daripada surah Al-Baqarah memerihalkan soal kiblat. Namun apa yang menarik terkandung dalam ayat 142-143:

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya Yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat Yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah Yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus".

Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Di sinilah kunci persoalan tadi ,bahawasanya Allah tidak menempati sesuatu ,dan seluruh alam,timur dan barat adalah kepunyaan-Nya.Intisari solat kita ialah khusyuk, yakni tetap hati menghadap wajah Allah,tersimpul dalam doa iftitah.Harus diingat,bahawa Islam bukan semata-mata urusan peribadi, bahkan urusan kesatuan insan di bawah kalimah tauhid.Tanpa ketetapan kiblat ini, ia boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Tidak terhenti di situ,peristiwa perpindahan kiblat juga melahirkan أمة وسطا ,umat yang di tengah,di antara umat Yahudi yang materialistik dan umat Nasrani yang taksub pada kerohanian.Umat Muhammad kelak menjadi saksi pada umat lain di akhirat kelak.Bagaimana itu terjadi? Allah mengubah kiblat untuk menunjukkan siapa yang mengikut Rasul atau ikut-ikutan kerana Nabi berkiblat ke Masjid Al-Aqsa.

Begitulah Allah menunjukkan hikmah pada sesiapa yang mahu mengambil iktibar,baik pada tersurat dan tersirat .Bagai satu kesimpulan, Allah mengingatkan pada ayat 152:

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

Sekian,wasalam...