Sabtu, 23 Ogos 2008

Kriteria??

"posting hari ni ditutup dengan satu cerita yg berlaku beberapa bulan lepas di office…
---------------------------------------------------------------
Kerana status single, yang tak pegi ber’dating’ atau apa2 lah, maka ianya dianggap agak sedikit pelik di department ini.Makanya,soalan2 seperti ini slalu ditanyekan:

“Salwa, what’s the plan for this weekend? Dating perhaps?”

“Come on. Let me find someone for you…”

“bile nk kawen nih…?”

“tkkan u tkde pakwe. Meh la we all carikan”

Hehehe.selalu saye jawap dengan senyum aje. Kadang2 layan jugak lah.Upacara mencarik-carik dan mengkenen2 kan adalah perkara biasa kat sini. Saye pun faham jugak kalau antaranya adalah gurauan.Adat lah tuh.hehehe..saye pun tk pernah terasa atau amik serius malah kadang2 saye jugak bergurau, katanya mahu yang ade ‘Porche’, ‘umah besar yg ade swimming pool’ , ‘keturunan raja’ etc dan selalunya selepas itu kami sama2 ketawa.Cuma satu hari nih, ade satu jawapan saye yang buat soalan2 mcm ni jarang dah timbul.Begini la lebeyh kurang dialognyer….

“Oh, criteria yer? Lelaki yang I nak yer? Hurm…. Actually kan, I tak carik yang solat 5 waktu sehari lah…”

“Aik….abes you nk we all carik yang macam maner?”

“Ok, kalau U all nak carikkan jugak, I takmo yang solat 5 kali sehari jer, tapi die solat 5 kali sehari berjemaah, kalau dapat kt masjid lah…then bleyh jadi imam…bleyh tak u all carikkan yang camtuh? Hehehe”

-senyap-

(senang kan? Hihihihi)

Wallahu’alamWassalaam"

~dipetik dan diolah dr http://salwasaleh.blogspot.com/2008/05/mesjid.html ~

Jumaat, 22 Ogos 2008

Nadwah Kepemimpinan Islam SBP ke-29(bah.1)

"Masyaallah, cantiknya sekolah ni," itulah kata2 yang terdetik dari hati ana pabila menjejakkan kaki di SBPI Kuantan. Setelah 5 jam perjalanan dari sekolah ana menaiki bas Semesti, segala penat lelah hilang pabila terlihat senyuman mesra petugas2 tuan rumah yang membantu ana dan rakan2 ana utk pendaftaran.


Program nadwah kepemimpinan islam sbp kali ini telah masuk tahun ke-29 penganjurannya. Tahun ini, sbpi kuantan telah diberi mandat utk menjadi tuan rumah utk program yg penuh berprestij ini. Bertemakan 'Modal Insan Terbilang Teras Kepemimpinan', program ini dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil utk mendapat keberkatan sepanjang program ini. Selepas itu, para peserta, masul (fasilitator) dan para pemandu telah diberi sedikit taklimat agar program ini dapat berjalan dengan lancar dengan izin Allah. Malam yang pertama ini telah diakhiri dengan bacaan surah al-Mulk, memohon perlindungan dari Allah agar terhindar dari sebarang kecelakaan.


Tepat jam 4.30 pg, kedengaran bacaan ayat2 suci al-Quran bergema di setiap penjuru alam. Para peserta nadwah mula bangun dan mengurus diri sebagai persiapan utk menghadap Allah di surau an-Nur sbpi kuantan. selesai solat subuh, hati para peserta telah diisi pula dengan sedikit kuliah daripada Ust. Sofian B. Abd Majid, pensyarah Kolej Islam Pahang Sultan Azlan Shah. Kuliah yang bertajuk 'Iman dan Taqwa -Tunjang Ketamadunan' telah menggamit hati para peserta agar sama2 bermuhasabah mengenai hakikat iman dan takwa dlm diri kita. Rasulullah pernah bersabda yg bermaksud,"tidak akan berzina si penzina sekiranya ketika ia ingin berzina, ia ingat dirinya seorg yg beriman". Kuliah subuh 1 ini penuh dgn input2 menarik yg boleh menyedarkan diri kita tentang tahap keimanan kita.



selepas bersarapan (nasi lemak sambal ikan bilis), para peserta dgn berpakaian baju kebangsaan rasmi sekolah telah pergi ke Dewan Perdana utk majlis ucaptama NKI yg disampaikan oleh Tn Hj Abd Rashid B Ngah, Pengarah Bah. Pend. Islam, KPM. Beliau tlh menekankan mengenai bagaimana utk membentuk karisma dan jati diri dlm diri seorg pemimpin. antara cara yg dinyatakan ialah:


  • mempunyai ilmu

  • berkemahiran sejajar dgn perkembangan semasa

  • berketrampilan

  • tidak beremosi dan sentiasa ceria

  • cemburu kpd agama, bangsa dan negara dgn x membenarkan anasir luar merosakkannya.

bersambung...

LELAKI....

LELAKI
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.
kini bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.
dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.
dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.
dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya
dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,
kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.
dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.
-wanita damsyiq
(dipetik dari syabab musafir kasih,fatimah syarha mohd. noordin)
terima kasih saudari Syazana Aqilah.

Khamis, 21 Ogos 2008

21 Ogos:Yang Dilupakan


Ayyuhal muslimin!
Lupakah saudara 21 Ogos 1969(bukan Malaysia sahaja bersedih pada tahun itu)?
Seorang Yahudi Australia,Dr. Denis Michell telah memulakan kebakaran di Masjidil Aqsa.Antara khazanah yang musnah dalam kebakaran itu ialah Minbar Salahuddin (ratusan tahun usianya) dan tempat solat Zakaria.
Selain itu, 3 koridor menghala ke Masjidil Aqsa dari selatan ke utara, dinding selatan, karpet dan 48 tingkap masjid turut sama musnah dalam kebakaran tersebut.
Bagaikan sebuah telenovela,pihak Israel telah menangkap beliau untuk menunjukkan pada dunia betapa Israel berbaik hati menjaga Masjidil Aqsa bersama pihak Palestin.Namun,seperti sebuah filem Bollywood yang klise,ia diakhiri dengan babak 'happy ending' apabila Dr. Denis Michell dibebaskan atas alasan 'gangguan jiwa'(yang terganggu jiwanya yang tak kenal Islam!)

Yang Mana Satu?

Pihak Yahudi juga telah mengelirukan umat Islam dengan mengatakan Kubah Al-Sakhrah itu ialah Masjidil Aqsa.Padahal Masjidil Aqsa ialah masjid yang berkubah hijau.S.P.R(Sekolah Pemikiran Remaja ye!) mengajak anda menyedari hakikat yang dilupakan selama ini.JANGAN JADI AIMAN TAK KISAH!(lihat entri ini)

Sebelum Ramadan Tiba...

Assalamualaikum...
Bulan Ramadhan bakal
menjelma.........berhati-hati........be
careful of Kurma Yahudi .. Tolong
sebarkan!

Bercetak jenama "Jordan River" itu
sebenarnya bukan dari Jordan tetapi
dihasilkan dari negara Israel dan
diimport serta dikotakkan di Singapura
tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam
di satu kawasan luas di bahagian timur
Isreal yang bersempadan dengan Palestin.
Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang
kaya dan ramai pekerja-pekerjanya
berbangsa Yahudi dan hasil penjualan
kurma itu digunakan untuk tabung
orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita
Harian Singapura. Para Muslimin sekalian
diharap jangan membeli kurma jenis ini.
Kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang
hari-hari ditindas dan dibunuh kejam
oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,
walaupun dari segi ekonomi.

Rabu, 20 Ogos 2008

Sekolah Pemikiran Remaja:Hedonisme

Dalam membina masyarakat maju dan saintifik(Wawasan 2020),remaja pelapis generasi kini harus dilatih supaya berfikir (lihat entri ini).Tak perlu berusia 21 tahun,syaratnya sedia berfikir secara rasional...

'Hedonism is the philosophy that pleasure is of ultimate importance, the most important pursuit' ini maklumat daripada Wikipedia yang saya dapat.Matlamat hedonisme ialah menjadikan keseronokan atau hiburan sebagai matlamat tertinggi.Hal ini begitu bertentangan prinsip hidup Muslim iaitu semata-mata hidup untuk menyembah ALLAH.
"Inna solati,wa nusuki,wa mahyaya,wa mamati,LILLAHI Rabbil Alamin"
Sememangnya pihak Barat(baca:Zionis) ingin melekakan umat Islam dengan macam- macam formula yang dibentuk daripada protokol Zionis(baca entri ini).Ada kita dengar 5S,3F dan macam- macam lagi.Yang nyata,lambakan rancangan realiti hiburan yang bertujuan melahirkan generasi pelapis yang pandai bergaya dan menyanyi walaupun rupa tak seberapa dan suara lebih kurang saya standardnya.
Akhir kalam,berhibur tiada salahnya tetapi ingat mana batas syariat-Nya,jangan tersesat mengikut syaitan nan menggoda...






Selasa, 19 Ogos 2008

Kemerdekaan:Mencari Hakikat Maknanya...


Sebelum itu,saya ucapkan tahniah kepada bakal wira-wirawati negara(seperti jawapan dalam sms menyatakan anda terpilih ke PLKN).
Fokus kita hari ini ialah mencari makna merdeka.Merdeka dalam bahasa Arab disebut 'istiqlal'(seperti nama sebuah masjid di Indonesia).Merdeka mengikut Kamus Dewan(yang diasaskan oleh ilmuwan Indonesia juga) ialah
(merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain.Pagi tadi ada satu rancangan bual bicara(nama dan alamat dirahsiakan) mengatakan generasi muda ialah generasi Starbucks.Apakah makna semua ini???
Menyebut generasi muda Malaysia sebagai
generasi Starbucks adalah salah dan amat bertentangan dengan semangat kemerdekaan yang sedang diraikan.Mungkin hal ini berbalik kepada akhlak remaja sendiri,yang sudah tiada jati diri lantas menumpang imej Barat tanpa berfikir panjang.Hal ini disebabkan budaya hedonisme yang menyerap ke dalam minda anak muda sekarang.Mencari muzik alternatif kononnya melepaskan stres,akhirnya sesat dalam genre muzik black metal yang menyembah syaitan!
Maka,kerajaan kita yang menegakkan imej
Islam Hadari lantas merangka yang kita kenali sebagai P.L.K.N(bahkan digeruni sesetengah pihak).Berdasarkan maklum balas yang penulis pernah terima,input daripada program ini amatlah baik...tetapi ada perkara yang merosakkan pekerti terpuji yang ingin diterapkan dalam jiwa remaja kita.(bukan setakat terap macam acuan kuih raya,kena semai,baja biar tumbuh macam pokok bunga raya!)Katanya,pergaulan di sana kurang dibatasi...
Sudah tiba masanya,kerajaan menilai
kaedah pendidikan yang digunakan terhadap pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara kita,untuk membentuk generasi yang punya rasa 'hubbul watan minal iman'.Sila lihat entri ini

. 'Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, Maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya'
Surah Fatir :ayat 10

Isnin, 18 Ogos 2008

Study & Dakwah

'Wahai orang-orang yg beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya Dia akan membantumu dan memperteguhkan kedudukanmu.' (Muhammad ; 7)

Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi takmasuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku bentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kitarenungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu.
Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi.
Semua manusia mengenalinya.
Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna
Pasti semua mengenalinya kerana kerjakerasnya di dalam perjuangan dakwah.
Lia, aku akui sememangnya untukberjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha.
Itu Sunnatullah.
Tapi Lia,kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha.
Itu juga adalah Sunnatullah.
Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

>

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yangterbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasiterbaik untuk Allah, agama Allah. Disudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepadaAllah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apa pun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meski pun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan dihati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.

Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dialakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.
Ayuh berada dalam saf perjuangan.

nota:sumbangan saudari Noor Izzati daripada karya milik pelajar SSP

Politik dalam Isra' dan Mi'raj

Hah,jangan terkejut pulak!Islam ialah ad-din.Ad-din itu panduan hidup.Pasti Islam itu lengkap, bukan setakat bab taharah dan ibadah,termasuklah politik(siyasah syari'ah), ekonomi (muamalah) serta perundangan dan jenayah.Fahaman yang memisahkan unsur saya sebutkan tadi itulah fahaman sekularisme,Islam Liberal ,pluralisme dan macam-macam ada untuk menjatuhkan Islam yang kita bicarakan di kesempatan lain.

Ulama' telah ijmak bahawa peristiwa Nabi Muhammad S.A.W mengimamkan semua nabi dan rasul menandakan peralihan kepimpinan dunia dan legasi dakwah Islamiah daripada rasul terdahulu, iaitu Nabi Isa a.s kepada Nabi Muhammd S.A.W.Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud kedatangan Nabi Muhammad merupakan rahmat buat sekalian alam.

Sebagai umat yang mengaku mencintai Nabi(tak sekadar pada Maulidur Rasul yang dibuat oleh Abu Jahal juga)kita khususnya para pemimpin perlu menghayati sifat yang ada pada Nabi, yang membuatkan Nabi digelar sebagai pemimpin terunggul oleh sarjana Barat,Michael H. Hart. Mari kita merenung peristiwa menggali parit sebelum perang Khandaq.
  1. Nabi pemimpin 'turun padang'.Nabi sendiri menggali parit itu bersama-sama sahabat yang lain.
  2. Nabi penyelesai masalah.Semasa menggali,mereka terjumpa sebongkah batu besar yang sukar dipecahkan.Akhirnya,kudrat Nabi dengan izin Allah telah berjaya memecahkan batu itu.
  3. Nabi pemimpin yang prihatin.Seorang sahabat telah menjemput Nabi makan bersamanya kerana terlihatkan perut Nabi yang diikat dengan batu-batu kecil.Nabi menolak jemputan tadi sebaliknya menjemput seluruh mujahidin Khandaq makan di rumah sahabat tadi. Seekor anak kambing yang dimasak oleh sahabat tadi dengan mukjizat Nabi mampu mengenyangkan semua mujahidin Khandaq tadi.
Kata Nabi,setiap daripada kita ialah pemimpin.Adakah kita mencapai piawai yang ditetapkan Nabi dalam menjaga amanah kebajikan dan kemaslahatan umat Islam?


Aku,Dia & Kamu...

> > Manusia: "Eh dah subuh dah?"
> > Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.."
> > Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz"
> >
> > Manusia: "Nak makan, laparlah"
> > Malaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... "
> > Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"
> >
> > Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
> > Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat"
> > Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!"
> >
> > Manusia: "Alamak, dah lewat!"
> > Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.."
> > Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh? Suruh si X, punchkanlah"
> >
> > Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."
> > Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan"
> > Syaitan: "Baru pukul berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"
> >
> > Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok ni, berdosa..."
> > Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!"
> > Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie.."
> >
> > Manusia: "Saudaraku sedang melakukan dosa"
> > Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah ia.."
> > Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh"
> >
> > Manusia: "Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain".
> > Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.."
> > Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2..pandai2lah"
> >
> > Manusia: "Aku telah berdosa.."
> > Malaikat: "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun... "
> > Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha ha)"
> >
> > Manusia: "Kalau pergi disko, mesti seronok!"
> > Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .."
> > Syaitan: "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh"
> >
> > Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee"
> > Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu tiang agama"
> > Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah) untukmu..."
(sumber:mesej friendster)

Isra' dan Mi'raj:Suatu Pandangan Saintifik

Sebenarnya,tinggal kurang daripada sebulan kita akan menyambut ketibaan Ramadan Al-Mubarak.Atas sebab kekangan masa dan ruang,waktu inilah kita diberi ruang menulis mengenai Isra' dan Mi'raj.

Dari sudut saintifiknya,Isra' dan Mi'raj mengajar kita tiga bidang ilmu:
  • Bidang perubatan.
Mengikut riwayat,Nabi Muhammad S.A.W dibedah hatinya oleh Jibril a.s sebelum peristiwa ini berlaku.Hal ini yang kita fahami selama ini sebagai menyucikan hati baginda daripada kedukaan akibat kematian isteri tercinta,Siti Khadijah dan pelindung dan bapa saudara yang menyokongnya, Abu Talib.
Apa yang kita tidak sedari,Allah mengajar dua ilmu perubatan.Kini kita menyebutnya sebagai
ilmu psikologi dan fisiologi.Malaikat mencuci hati Nabi dengan air zamzam,menunjukkan hati manusia ini secara fitrah adalah bersih dan suci,tertarik dengan benda yang bersi dan suci,dan PERLU DISUCIKAN .Caranya tak lain,taqarrub pada ALLAH.
Ilmu fisiologi yang saya maksudkan pula ialah pembedahan yang berlaku pada Nabi.Ingat para bakal doktor muslim(khasnya sekolah kita,amin),dulang yang digunakan diperbuat daripada emas.Kajian menunjukkan logam emas dan perak sesuai digunakan sebagai alat bedah kerana sifatnya yang menyebabkan mikroorganisma tidak dapat hidup di atas permukaannya(betulkan kalau saya silap!).

  • Fizik
Jangan tak tahu,Rasulullah diisra'kan menepati Teori Relativiti Einstein!Contoh popular Einstein menerangkan teorinya ialah sepasang kembar berusia 30 tahun,abangnya menaiki roket ke angkasa pada kelajuan cahaya dalam masa 30 tahun.Apabila abangnya kembali bumi,adiknya sudah berusia 60 tahun manakala abanganya hanya mengalami sisihan masa dalam pergerakan berkelajuan cahaya dan berusia lingkungan 35 tahun.(betulkan kalau saya silap!)
Ini dia bukti saintifik,
Nabi boleh bergerak pada jarak sebegitu jauh dalam masa semalaman pada kelajuan cahaya.Jangan lupa buraq yang ditunggangi Nabi,berasal daripada perkataan 'barqun' yang bermaksud kilat(kilat kan cahaya!)
  • Aeroangkasa
Peristiwa Mi'raj mengajar kita teknologi aeroangkasa.Bagaimana angkasa bisa diterokai dengan teknologi melawan graviti yang ditemui Al-Kindi(Isaac Newton jumpa graviti berabad lepas Al-Kindi,ahli fizik Islam).Tetapi alangkah sedihnya,bangsa Rusia,Amerika,Eropah,Jepun dan China yang mendahului umat Islam menerokai angkasa?

Inilah peranan kita,generasi muda Islam untuk membugar semula kunci keilmuan yang terkandung dalam Al-Quran,As-Sunnah dan Sirah Nabawiyah untuk menegakkan umat Islam sebagai khaira ummah,seperti yang disebut dalam Al-Quran.Sekian,wallahua'lam



Ahad, 17 Ogos 2008

Ceramah Isra' Mikraj

Bulan lalu(Julai & Rejab) telah diadakan satu ceramah bersempena sambutan peristiwa Isra' wal Mi'raj,yang bertempat di Surau As-Syakirin dihadiri oleh semua pelajar dan beberapa orang guru.

Penceramah jemputan kali ini didatangkan daripada Kuala Langat,iaitu Ustaz Safwan B. Parmidi.
Beliau merupakan seorang pendakwah bebas dan juga seorang usahawan yang berjaya.Lihat sahajalah keretanya:
Apa yang lebih penting,beliau berjaya menambat hati penonton dengan himpunan kisah yang cukup menarik.Hinggakan ayahanda kita Tuan Pengetua cukup tertarik dengan ceramah Al-Fadhil Ustaz.Nantikan siri tazkirah mengenai Isra' dan Mi'raj daripada penulis.Terdapat juga sedikit jamuan untuk tuan penceramah dan isteri serta para guru dan tidak dilupakan para pelajar(di Cafe d' Ria).Semoga kita mendapat iktibar daripada peristiwa Isra' dan Mi'raj untuk menambah baik kualiti diri.