Rabu, 31 Disember 2008

2008:A Year To Be Remembered

This year is an important year for all S.PM and P.M.R candidates 2008(they had their results yesterday...me around March).But this year is such a memorable year for myself,and also BADAR S.B.P.I Sabak Bernam.Following the chronology,we were started on 1st June 2008,with the beginnning 3 articles.And now at the end of 2008,we have 78 articles with about 3000 unique visitors to this blog now.I want to thank to all parties,especially my successor,Akhi Muhd. Zayani Syazwan and his friends that contribute a lot in the expand of Blog BADAR S.B.P.I Sabak Bernam's operation.Not to forget all the readers who give us feedback to enhance our quality.

(Maaf ye Cikgu Rizuan,campur dengan B.I.Menyahut seruan pengetua^_^)Cuma satu sahaja pesanan sebelum tahun baharu ini,mantapkan azam,kukuhkan ilmu,gerakkan dakwah,
jalinkan ukhuwah,mari bersama kita bina KHAIRA UMMAH!!!

nota:semoga tahun baharu membuka sinar harapan buat warga S.B.P.I Sabak Bernam.Selamat pulang pada Ustaz Ahmadi dan Tuan Rizuan,bersama dengan haji mabrur hendaknya...

Mengurus Kejayaan & Kegagalan


Aiseyh,bunyi macam rancangan Motivasi Pagi je...kenapa 'mengurus' bukan 'menangani' atau 'merancang'?Klik sini untuk tahu jawapannya... kali ini bukan sekadar bicara qada' dan qadar Allah yang menjadi rukun Iman kita yang keenam,tapi merujuk pada satu ayat Al-Quran yang biasa kita dengar(apalagi kalau bukan Al-Ma'thurat...)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.Ia mendapat pahala atas kebaikan yang diusahakannya,dan menanggung dosa atas kejahatan yang dilakukannya.(mereka berdoa dengan berkata)'Wahai Tuhan kami!Jangan Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.Wahai Tuhan kami!Jangan Engkau bebankan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau pikulkan kepada apa yang tidak terdaya kami pikul.Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami,oleh itu bantulah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum- kaum yang kafir"(Al-Baqarah:286)

"Aku memang tak pandai,"keluh seorang pelajar."Dah rezeki saya tak seberapa,"kata seorang pelajar lain ketika mengambil keputusan(macam masa ambil keputusan P.M.R je...).Teringat pada 2 rangkap puisi Inggeris yang bertajuk 'If' karya Rudyard Kipling:

If you can meet with triumph and disaster
And treat those two imposters just the same...
Allah mengurniakan kejayaan pada hambanya yang layak menerimanya,yang telah berusaha... adakah kegagalan tanda kurang usaha?Kegagalan itu punya makna tersirat,iaitu
  • mengelakkan riya' beraja di hati.
  • ada rezeki yang lebih baik pada masa depan.
  • ada rezeki yang lebih baik di akhirat kelak.

Lalu,apa makna kejayaan?Kejayaan yang berharga membuatkan seseorang makin dekat dengan Rabbnya.Kejayaan yang menjauhkan diri seseorang dari mengingati Allah itulah istidraj.Marilah kita bersama menjadi insan yang bersyukur,baik pada lisan (Alhamdulillah), dalam hati(zikrullah) dan pada amalan(ibadah).Kejayaan atau kegagalan indikator iman di dada,adakah hamba-Nya syukur atau kufur.Ingat,ujian itu tanda kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya...

nota:lagi berita panas di sini...siapa yang sayang Islam,mai pakat baca pasal ni ya!Maaflah ambil lagu lama...motivasi katakan.Salam Tahun Baharu Masihi 2009.



Selasa, 30 Disember 2008

Lagi-Lagi Israel...

Di saat kita menyambut Maal Hijrah,kita dikejutkan dengan satu berita,Gaza Bermandi Darah. Tahukah antum semua serangan kali ini mengorbankan 280 nyawa,antara rekod terburuk dalam 60 TAHUN PENJAJAHAN ISRAEL ke atas PALESTIN...mai pakat ramai-ramai hulurkan bantuan terpantas kita,Qunut Nazilah di sini.Memetik kata-kata ustaz Amir(pakai ym...hehehe),'Sudah tiba masanya organisasi Islam bangkit bertindak...'Hmmm elok direnungi kata-kata ustaz tu....



Mengapa kita tidak mampu bangkit menentang KEZALIMAN ISRAEL?Jawabnya pada kelemahan umat Islam sendiri dalam segala segi(baca ini).Jika dalam aspek mengurus isu dalaman umat sendiri lemah,misalnya kemiskinan umat Islam(ekonomi) dan gejala negatif dalam masyarakat(sosial).Bagaimana kita bisa mempengaruhi masyarakat dunia dalam menangani isu Palestin ini?Ikuti kupasan Ustaz Hasrizal di sini.Mungkinkah lahir lagi seorang pahlawan yang warak bak Salahuddin Al-Ayubi atau umara yang alim seperti Sultan Muhammad Al-Fatih dalam menangani isu umat ini?

Dalam hal ini saya ingin mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian khasnya pelajar S.B.P.I Sabak Bernam yang dikasihi(hmm nak buka sekolah dah...) kita menuntut ilmu 'ada niat di sebalik niat'.Memang kita ingin menjadi orang berilmu(pencapaian diri) tapi ingat masih ada umat di hadapan kita yang memerlukan manfaat ilmu kita(kemajuan umat) seperti yang berlaku di Palestin.Kita heboh mengenai boikot produk yang menyokong Israel padahal industri makanan di Malaysia pun masih dimonopoli bukan Islam.Di situlah letaknya ahli sains,ahli korporat (bukan keparat!),teknokrat bagi membangunkan KHAIRA UMMAH!

nota:tahniah kepada 36 calon P.M.R 2008 yang mendapat 9A.Pada yang lain,dunia masih belum kiamat,anda masih belum terlambat,tujuan kita hasanah dunia dan akhirat!Doakan pula untukkejayaan calon S.P.M 2008 dan all the best for S.P.M and P.M.R candidates 2009!

Isnin, 29 Disember 2008

Blog Hina Islam? versi 2.0

108. dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan.

Salam Maal Hijrah...Tahniah kepada Dato' Seri Harussani B. Zakaria(Mufti Perak) dan Dr. Wahbah Az-Zuhaily kerana menjadi penerima Anugerah Maal Hijrah 1430H.Tak lupa juga takziah kepada keluarga diraja Negeri Sembilan atas kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman,dan sembah daulat tuanku kepada DYMM Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,atas pemasyhuran sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11(raja-raja Melayu inilah ulil amri a.k.a ketua agama Islam di Malaysia).


Berbalik kepada isu kita,Islam sebagai agama perdamaian tidak pernah bersikap provokatif ke atas mana-mana agama yang lain.Memetik kata-kata Prof. Dr. Mahmud dalam menafsir ayat di atas"Islam melarang mencerca sembahan orang musyrik,apatah lagi menghina penyembahnya."Mengapa agama lain bersikap provokatif terhadap Islam?Jawapannya terletak kepada Islam yang bukan sahaja agama spiritual,bahkan cara hidup yang lengkap(ad-din as-syumul).

Sudah tiba masanya umat Islam 'berhijrah'(dah masuk tahun baharu Hijrah pun...) dengan mengamalkan cara hidup Islam yang syumul itu...bukan semata-mata pada ibadah bahkan ekonomi,cara hidup sosial,politik dan perundangan(bab hudud dengan qisas insya-Allah disentuh kemudian..belum cukup ilmu...).Anda dipersilakan komen gambar di bawah...



Ahad, 28 Disember 2008

Kisah Zulkarnain:Bahagian 2

93. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisiNya satu kaum Yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.94. mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"

Kehebatan kepimpinan Zulkarnain juga terletak kepada skil komunikasinya yang berupaya memahami bahasa kaum yang begitu sukar.Skil sebegini bukan sahaja perlu dikuasai oleh pemimpin,bahkan ulama dan daie(pendakwah) juga perlu mahir berkomunikasi bagi memudahkan pemahaman awam dan mad'u(orang yang didakwah).Realiti hari ini menunjukkan Islam turut 'diserang' di alam maya(seperti artikel sebelum ini)yang memerlukan 'teknodaie' atau protaz(profesional ustaz) tampil membetulkan salah faham terhadap Islam dengan rasional tanpa beremosi.

95. Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.96. bawalah kepadaKu ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua Gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya Dengan berkata: "Tiuplah Dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya Aku tuangkan atasnya".97. maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Untuk membentuk ummah yang gemilang(tema Maal Hijrah 1430 H),kita juga memerlukan keampuhan teknologi.Teknologi yang ditampilkan Zulkarnain menunjukkan ia bukan sahaja bermanfaat terhadap kaumnya,bahkan menyumbang kepada sejagat apabila tembok berkenaan dapat menghalang kaum Ya'juj dan Ma'juj daripada berleluasa melakukan kezaliman.Hal ini sejajar dengan firman Allah yang pertama:

IQRA'

Semoga huraian yang sedikit ini menjadi pedoman kepada kita untuk 'berhijrah' ke arah kebaikan.

nota:belasungkawa atas kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar,Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Semoga Almarhum dicucuri rahmat dan digolongkan dalam kalangan orang soleh...

Doa akhir tahun:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi MUhammad S.A.W dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya.Ya Allah,sesungguhnya pada tahun ini kami banyak melakukan larangan-Mu,tetapi aku masih belum bertaubat sedang Kau tidak reda dan melupainya.Engkau menangguhkan azab-MU yang ditetapkan ke atasku.Engkau memerintahkan aku bertaubat atas kesalahan itu.Sesungguhnya hari ini aku bertaubat dan memohon keampunan-MU , ampunilah daku.Apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala,mak aku bermohon daripada Engkau,ya Allah,ya Zaljalali wal Ikram,terimalah permohonan ini dan jangan Engkau hampakan,wahai Tuhan yang Mulia.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya.Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir alam.

Doa awal tahun:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya.Ya Allah,Engkaulah yang kekal abadi,demi kelebihan-Mu yang Maha Agung dankemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon perlindungan-Mu daripada syaitan dan konconya,tentera dan penolongnya.Dan aku memohon perlindungan daripada nafsu ammarah, yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikanku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri dengan-Mu.Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemulian.Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala penyayang.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya.
Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir alam.



Blog Hina Islam?

Saya menulis di ambang tahun 1430 Hijrah.Namun izinkan saya menulis dalam bahasa Inggeris (walaupun bahasa Inggeris saya tak sehebat mana).Saya pernah menulis berkenaan penghinaan terhadap Islam bawah tajuk Apa Dah Jadi dan penerangan mengenai kesilapan Geert Wilders dalam memahami dan mentafsir ayat Al-Quran dalam Filem Fitna(rujuk di sini).Barang siapa hendak membaca artikel ini, mestilah rasional bukan emosi...

Recently,there is a news in Utusan Malaysia about a blog that insulting Prophet Muhammad S.A.W.For your information,there are a lot of blogs or websites around(even in your games!) that have negative understanding towards Islam.As Muslims,how should we react?It is enough to held a demonstration against such blogs?It is the best solution towards such problems?Absolutely not!It is the time for us as Muslims to do da'wa,among us and towards non-Muslims.Personally,I want to invite all of this blog readers(especially Muslims) to reach these websites and think rationally,how to give the real understanding about Islam to such people.They are not totally a wrong person,but they have a misconception towards Islam.Let's THINK RATIONALLY...and DOIN' DA'WA!!!(do you understand what I write here?)

nota:saya tidak katakan 'jangan tengok,jangan baca' tapi saya katakan baca,faham,rasionalkan diri dan mad'u yang ingin didakwah.Anda boleh lihat blog/laman sesawang yang dimaksudkan di sini,sini dan sini. Maafkan saya atas kelemahan English saya dan kecetekan ilmu saya dalam bidang agama. Seeru ala barakatillah...

Khamis, 25 Disember 2008

Tafsir surah Al-Kahfi:Sejarah Zulkarnain

Orang kata,"semalam ialah sejarah dan kenangan,hari ini ialah realiti dalam tangan,dan esok satu cabaran dan harapan".Sebagai Muslim,kita dibekali ayat(bukti/tanda) maqruah(yakni Al-Quran & hadis),ayat manzurah(alam sekitar) dan ayyamullah(sejarah) yang perlu direnung untuk menjadi insan bertaqwa.Kisah Zulkarnain terungkap dalam surah Al-Kahfi(yang turut mengungkap sejarah Ashabul Kahfi) dari ayat 83 hingga 98(mungkin hanya dapat mengupas sebahagian daripada ayat-ayat ini)

83. dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah Yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya"84. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu Yang diperlukannya.85. lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

Zulkarnain(berbeza dari Alexander The Great) ialah seorang pemimpin yang Allah kurniakan kekuasaan dari timur hingga barat.Apa yang menjadikan beliau pemimpin yang hebat?Kerana beliau menakluk sambil menyebarkan agama Allah.Kehebatan kepimpinan beliau terletak pada wawasan beliau untuk berdakwah.Orang yang mampu membina wawasan yang besar lagi murni ialah salah satu ciri orang yang berjiwa besar.Siapakah yang bakal mengikuti jejak langkah Zulkarnain,selepas kegemilangan Salahuddin Al-Ayubi & Sultan Muhammad Al-Fatih?

nota:petikan dari siri tazkirah ustaz Amir di surau As-Syakirin(hujung November 2008). Nantikan siri seterusnya...

Selasa, 23 Disember 2008

Al-Kisah Tuan Haji...

Cerita ini dipetik daripada blog rakan saya.Selamat berhibur......

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj. Teepo.Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj. Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu.Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj. Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam(orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj. Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan.Maka teramatlah hiba hati Hj. Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. "Kain yang dah buruk,koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,”jelas Hj. Teepo dengan genangan air mata “Kenapa begitu bang?” tanya isterinya. “Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula,” jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, “Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan di hati suamiku.”

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul,Hj. Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini Telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj. Teepo.”Bang”, bisiknya perlahan. “Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain
yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?”

Hj. Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, “Baiklah,mari rapat kepadaku” isteri Hj. Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj. Teepo bersuara, “Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja.Isterinya masih ragu-ragu.“Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?” tanyanya lagi.“Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk,
nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati
. Mereka juga akan
Fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi.Jadi selamatlah
abang… ".“Astaghfirullah hal ‘aziiiiiiiiiim” isteri Hj. Teepo terus terlentang kerana terkejut beruk dengan penjelasan suaminya....

nota:gelak-gelak juga tapi amalan kita dah cukup ke?Moral of the story...

Solat,zakat,puasa dan haji boleh tercemar dengan akhlaq mazmumah,bahkan permainkan aqidah pula...

Isnin, 22 Disember 2008

Jalinan Ukhuwwah,Tautan Mawaddah

Ukhuwwah
semanis kata
sekompleks 'networking'
dalam nuansa niaga

Kata tak bisa menyingkap rasa
manisnya silaturrahmi
atas nama Ar-Rahman
mengisi fitrah manusiawi
dahaga akan
sentuhan mawaddah

mungkin aku jahil lagi
erti ta'aruf,tafahum
dan takaful
Namun kita bertemu
lantas berpisah
dalam tautan reda-MU
Uhibbukum fillah...

nota:dipetik daripada blog ini

Ahad, 21 Disember 2008

Program Jalinan Ukhuwah



"Memang lain dari yang lain,"
getus hati tatkala berkenalan dan mengikuti Program Jalinan Ukhuwah di ILDAS,yang bertemakan 'Kemantapan Ukhuwah Pemangkin Kegemilangan Ummah' (kalau tak silap...).Sangkanya peserta hanya terdiri daripada lepasan SPM 2008,meleset apabila teman sebilik ana yang sedang menuntut di UTP di tahun pertama,manakala peserta termuda program ini(satu kumpulan dengan ana pun) merupakan pelajar tingkatan 2,termasuk beberapa pelajar tingkatan 4.

Walaupun hanya program 3 hari 2 malam,yang terdiri daripada 4 LDK,namun apa yang dilaksanakan begitu bermakna buat peserta.Sebut sahaja,permainan Bingo dalam sesi ice-breaking,war game untuk muslimin ketika sesi Syabab Cergas,Karakter Muslim,Simfoni Ukhuwah dan Garis Matlamat...terlalu sukar untuk diulas dan ditulis dalam ruang yang sebegini ringkas(nak tahu ikut sekali untuk tahun depan...promosi sikit^_^).

Cuma sedikit yang saya ingin sentuh,sebagai manusia saya berlapang dada terhadap sebarang kekurangan,baik daripada peserta atau pun pihak penganjur dan fasilitator.Elok kita merenung apa yang diulas Ustaz Hasrizal dalam artikel Manusia Berhubung Dengan Perasaan.Saya mencadangkan agar penyertaan program ini dimaklumkan ke pihak sekolah sebelum cuti sekolah,bagi menarik penyertaan bukan sahaja lepasan SPM,bahkan pelajar lain yang berminat. Akhir qalam saya ingin memetik kata hikmah ustaz Hasrizal dalam artikel tersebut sebagai renungan bersama,iaitu...
people don't care how much you know until they know how much you care!

Jumaat, 19 Disember 2008

Soal Jawab...

SEMBAHYANG MEMAKAI MINYAK WANGI BERALKOHOL.

SOALAN:Jelaskan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat.

JAWAPAN:Harus dan sah solat,walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol.Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis.Para ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith Nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis.Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut:
`Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran [`rijs`] dari hasil kerja syaitan`.[Al-Maidah:90]
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam Sohih al- Bukhari dan Muslim:
`Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan dan minum di dalam bekas mereka? `Nabi membalas: `sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka,maka jangan menggunakannya,sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya,maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya`.

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/13:86) dan imam As-Shawkani(Naylul Awtar,1/71)menyebut, `maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kerana ia dihukum sebagai najis`.Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125): “Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan."
3) Mazhab Shafi’i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-Nawawi di dalam al-Majmu’ 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali).
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali (Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 peratus atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis denatured alcohol yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukan. Adapun alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa terdapat di dalam arak, ia menggunakan absolute ethanol iaitu sejenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain.Hasilnya kesan penggunaanya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barang siapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu kematian dengan segera!


MELAWAK TENTANG HUKUM AGAMA

SOALAN:Apa hukumnya jika seseorang membuat lawak tentang hukum hakam, sebagai contoh dalam isu aurat dikatakan:" Tak mengapa, pandangan pertama tak berdosa, tapi kami pandang lama sahaja?"

JAWAPAN:Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari ini yang jahil tentang hukuman bagi tindakan mereka.
Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayatkan dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith:
“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!“ (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Iaitu, jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.
Demikian juga kata Baginda s.a.w. kepada Ali k.w.j:
“Jangan kamu ikuti satu pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu diampunkan dan tidak bagi yang kedua."(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani: Hasan)
Demikian juga seperti ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Perbuatan tersebut juga mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak sewajarnya.Seperti juga seorang perompak membaca Bismillah ketika memulakan rompakannya, atau seorang peminum arak yang mengucapkan alhamdulillah apabila selesai minum arak. Semua ini menambahkan lagi dosa disebabkan wujud unsur penghinaan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada ucapan zikir dan hukum.

Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkannya atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi s.a.w. bersabda ertinya:
“Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya ke dalam neraka sejauh antara timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256, no 2998)

Pengasas Imam 4 Mazhab

PENGASAS MAZHAB HANAFI—IMAM ABU HANIFAH (80-150 H / 699-767 M)

Abu Hanifah An Nukman b. Tsabit b. Zufi'at At Tamimi adalah pengasas Mazhab Hanafi. Beliau dilahirkan di Kufah, pada masa pemerintahan Al Khalid b Abd Malik. Sejak dari kanak-kanak lagi beliau telah mengkaji dan menghafal Al Quran. Untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya tentang Al Quran, beliau telah berguru dengan Imam Abu A'sim iaitu seorang ulama yang terkenal pada waktu itu. Beliau juga mempelajari ilmu Fiqh dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w, seperti dari Anas b. Malik, Abdullah b. Aufa, Abu Tufail b. Amir dan ramai lagi. Dari sahabat-sahabat ini juga beliau mempelajari ilmu hadis. Beliau sangat tekun dalam mempelajari ilmu Fiqh dari seorang ulama yang terkenal pada waktu itu iaitu Hamad b. Abu Sulaiman tidak kurang dari 18 tahun. 10 tahun selepas kematian gurunya (130 H) beliau berangkat ke Mekah pula. Di sana beliau berguru dengan salah seorang murid Abdullah b. Abbas r.a.

Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang yang sangat dalam ilmunya, ahli zuhud, tawaduk dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau tidak tertarik kepada jawatan rasmi kerajaan dengan sebab beliau pernah menolak jawatan hakim yang ditawarkan oleh Khalifah Al Mansur. Diriwayatkan kerana penolakannya, beliau dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya. Beliau wafat pada usia 70 tahun dan dimakamkan diperkuburan Khizra. Pada tahun 450 H / 1066 M didirikan sebuah sekolah agama yang dinamakan Jami' Abu Hanifah. Di antara kitab karangan beliau seperti Al Musu'un, Al Makha'rij dan Fiqh Akhbar.

PENGASAS MAZHAB MALIKI—IMAM MALIK B ANNAS (93-179 H / 172-258 M)

Imam Malik b Annas adalah pengasas Mazhab Maliki. Beliau dilahirkan di Madinah dan berasal dari Kabilah Yamaniah. Sejak kecil lagi beliau telah menghafal Al Quran dan ibunya sentiasa memberi dorongan agar beliau bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau mula belajar dari seorang ulama yang terkenal waktu itu yang bernama Ribiah dan mendalami ilmu Hadis dari Ibnu Syihab disamping mempelajari ilmu Fiqh daripada para sahabat. Kerana ketekunan dan kecerdasan fikirannya, beliau terkemuka dalam bidang ilmu Hadis dan Fiqh.

Beliau juga sangat berhati-hati dalam memberi fatwa. Beliau akan bermusyawarah terlebih dahulu dengan sekalian para para ulama sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa. Imam Malik memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Pernah beliau mendengar 31 Hadis dari Ibnu Syihab tanpa menulisnya dan bila diminta mengulanginya semula tidak satu baris pun yang dilupainya. Beliau pernah berkata :
Ilmu itu adalah cahaya, ia mudah dicapai dengan hati yang takwa dan khusyuk. Beliau juga menasihati agar menjauhkan keraguan katanya. Sebaik-baik perkerjaan ialah yang jelas, jika salah satu dirinya meragukanmu maka kerjakanlah apa yg lebih yakin menurut perkiraanmu.


Antara kitab karangan beliau yang termahsyur ialah Al Muwatha iaitu sebuah kitab Hadis dan Fiqh. Imam Malik wafat pada usaha 86 tahun.

PENGASAS MAZHAB SYAFIE—IMAM MUHAMMAD B IDRIS ASY SYAFIE AL QURAISYI (150-240 H / 717-820 M)

Nama penuh beliau ialah Muhammad b. Idris Asy Syafie Al-Quraisyi pengasas Mazhab Syafie. Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 H bertepatan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun beliau dilahirkan dalam keadaan yatim dan di besarkan dalam keluarga yang miskin, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri apa lagi malas. Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu Hadis dari ulamak hadis yang terdapat di Mekah ketika itu. Pada usaha yang masih kecil lagi beliau telah menghafal Al-Qur'an.

Pada usianya 20 tahun, beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan Hadis di Madinah. Seterusnya beliau pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah wafat Imam Malik (179 H) beliau berangkat ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana. Selepas itu Khalifah Harun Al Rashid pula mengundang beliau untuk datang ke Baghdad. Pada tahun 198H beliau pergi ke Negeri Mesir dan mengajar di Masjid Amru b. As. Kitab karangan beliau yang mahsyur ialah seperti Al-Umm, Amali Kubra, Kitab Risalah dan Usul Fiqh. Adapun dalam menyusun Usul Fiqh Imam Syafie dikenali sebagai orang yang pertama mempelopori penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya beliau wafat di sana.

PENGASAS MAZHAB HAMBALI—IMAM AHMAD B. HAMBAL (164-241 H / 780-855 M)

Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b. Hambal b. Bilal Al Syaibani. Beliau dilahirkan di Baghdad dan dibesarkan dalam yatim oleh ibunya. Ayahnya meninggal semasa beliau masih bayi. Semenjak kecil beliau telah menunjukan sifat dan peribadi yang mulia. Sehingga menarik minat ramai terhadapnya, serta amat tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau memulai dengan belajar menghafal Al Quran, Bahasa Arab, Hadis, Sejarah Nabi serta para sahabat dan para tabi'in. Untuk memperdalamkan ilmunya, beliau pergi ke Basrah dan berguru dengan Imam As Syafie.

Beliau juga pergi menuntut ilmu ke Mesir dan Yaman. Di antara guru beliau ialah Yusuf Al Hassan, Ibnu Human dan Ibnu Abbas. Beliau banyak mempelajari dan meriwayatkan hadis tetapi tidak mengambilnya, kecuali yang sudah jelas sahihnya. Kitab karangan beliau yang terkenal ialah `Musnad Ahmad Hambali '. Beliau mula mengajar ketika berusia 40 tahun. Pada masa pemerintahan Al Muktasim ( Khalifah Abbasiah ) beliau telah dipenjarakan kerana tidak bersependapat dengan fahamam yang mengatakan bahawa Al Quran itu adalah mahkluk. Beliau dibebaskan pada masa pemerintahan Khalifah Al Mutawakkil. Imam Ahmad wafat di Baghdad dalam usia 77 tahun.

BIDADARI UNTUK UMAR R.A.

Umar Al-Khattab r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk Islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di kaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah SAW
"Wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya".

Rasulullah SAW menjawab, "Sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Karena kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya.

Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanannya mi'raj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu.Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "Wahai Jibril AS bidadari siapakah itu?".
Malaikat Jibril AS menjawab,
"Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Oleh sebab sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya."

Selasa, 16 Disember 2008

Tazkiyatun Nafsi

Assalamualaikum wbt,

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.


Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata,"Sedap sungguh air ini."


Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah.Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam.Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ? "


Tiga Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.


Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :


"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka


Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama,orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat,orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."



SEBAGAI PERINGATAN UNTUK KITA

Hikmah Solat 2 Rakaat


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."

Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad'. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud..

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...
" Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..

"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... .." "


Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
Wallahualam