Jumaat, 16 Januari 2009

Siapa Muhammad Al-Fatih?

Namanya tak segah Salahuddin Al-Ayyubi yang diangkat selaku pembebas bumi Palestin dari cengkaman tentera Salib,usaha kedua selepas Saidina Umar Al-Khattab(tak lupa juga diangkat dalam siri animasi Saladin).Tetapi beliaulah yang menepati hadis Nabi S.A.W:
Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.

Hadis itu begitu mengocak jiwa sahabat,sehingga Abu Ayub Al-Ansari gugur syahid dalam ekspedisi pertama untuk memenuhi maksud hadis tersebut.Bahkan usaha tersebut diteruskan sehinggalah zaman Khalifah Uthmaniyah.

Cerita di Balik Pembukaan Constantinople
Usaha pembukaan kota ini telah bermula sejak zaman Sultan Murad II,ayahanda Sultan Muhammad Al-Fatih.Sultan Muhammad Al-Fatih memang telah dilengkapkan dengan skil ketenteraan dan pemerintahan oleh ayandanya.Apabila baginda menaiki takhta pada tahun 1451,baginda telah menganalisis kegagalan ekspedisi-ekspedisi yang terdahulu,bahkan baginda mengambil masa 2 tahun bagi mengkaji peta Constantinople.Baginda telah mempersiapkan ketumbukan tentera Uthmaniyah dengan begitu rapi sehingga membuatkan Maharaja Constantine,yang kehilangan punca meminta bantuan daripada kepimpinan Gereja Katholik,sedangkan Byzantine dikuasai Gereja Orthodoks.Hal ini menimbulkan penentangan rakyat terhadapnya.

Medan jihad punyai dugaan yang tak tercapai dek akalmu...Kapal-kapal Uthmaniyah tidak mampu memasuki perairan Tanjung Emas yang dirantai,bagi mengekang kemaraan tentera Utmaniyah.Namun soldadu Byzantine begitu terperanjat tatkala fajar menyinsing pabila menyaksikan seluruh armada Uthmaniyah telah memasuki perairan Constantinople.

Sang Strategis Ulung
Imbas Kembali:Malam Sebelumnya...Baginda hampir buntu.Rantai besi tak mampu dirempuh oleh kapal-kapal.Dengan izin Allah,baginda mendapat satu ilham.Ilham yang kenal memasyhurkan baaginda dalam kalangan strategis ketenteraan...Kapal-kapal diangkut melalui jalan bukit.Kayu-kayu balak ibarat roda,dilumuri lemak haiwan melancarkan 'pelayaran' kapal-kapal tersebut di darat...

Walau bagaimanapun,Constantine tak mudah mengalah.Pertahanan kota yang utuh menyebabkan tentera Islam terpaksa berkubu lama,yang akhirnya melunturkan semangat mereka.Sultan Muhammad Al-Fatih bangun memberi pidato yang membangkitkan kembali semangat mereka,dan berhasil menembu.si pertahanan kota.Baginda menamakan Constantinople sebagai 'Islam Bol' yang bermaksud Kota Islam.

Titik Mula Muhammad Al-Fatih...
Baginda mula dibentuk oleh sang murabbi yang bernama Syeikh Samsuddin Al-Wali,yang berketurunan dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Diriwayatkan ketika solat Jumaat yang pertama didirikan di kota Islam Bol(anak sape la tukar nama elok macam ni...),baginda ingin memilih siapa yang menjadi imam dan khatib.Baginda bertanya...
Siapakah yang tidak pernah meninggalkan solat fardu sejak dari aqil baligh?

Semua masih berdiri(Inilah sebaik-baik tentera,tentera Islam sekarang?).Soalan kedua...
Siapakah yang belum pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak dari aqil baligh?

Separuh telah pun duduk.Inilah pula soalan pemutus seri...
Siapakah yang belum pernah meninggalkan solat tahajud sejak aqil baligh?

Tinggallah baginda seorang sahaja yang berdiri,bagindalah imam dan khatib pada hari Jumaat yang bersejarah(walaupun ramai yang lupakan sejarah itu...)

nota Palestina:29 Mei tarikh Constantinople dibuka.Ironinya,29 Mei 1948 Zionis menjarah Palestin.Hampir 1000 dah maut,di mana syeikh Arab+O.I.C(ohh i see...)?Siapa pula Muhammad Al-Fatih abad 21 ini?Siapa yang jadi panglima pembela umat Islam,kononnya jihad fi sabilillah?Siapa yang jadi pemerintah penegak syiar Islam?Siapa yang jadi CEO syarikat Muslim?Siapa ilmuwan Muslim yang bakal mencipta teknologi dan produk sendiri?Siapa pula MURABBI pendidik KHAIRA UMMAH?

“Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal” (Hasan Al-Banna)

2 ulasan: