Sabtu, 31 Januari 2009

Dakwah dan Tarbiyah - Bukan Untuk Si Manja!





Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan
untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,


-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain
.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.


-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong


-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.


Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

'Wahai orang-orang yg beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya Dia akan membantumu dan memperteguhkan kedudukanmu.' (Muhammad ; 7)

Jumaat, 30 Januari 2009

Minda Katak

Kalau disebut katak,ramai yang menunjukkan ekspresi geli,ada yang berasa takut dan seribu satu macam perasaan lain(terkenang pada sahabat-sahabat yang mencari katak sampai lewat malam dek kerana eksperimen biologi esok harinya^_^).Namun,katak ini begitu terkenal dengan perumpamaan yang tak perlu diberitahu maksudnya lagi,iaitu...
Bagai katak di bawah tempurung
Ada satu kisah menarik mengenai katak.Pada suatu hari(hai jadi pencerita pula...),seorang penyelidik mengambil seekor katak dan diletakkan ke dalam air panas yang sedang menggelegak.Apa lagi,sang katak pun bertindaklah seperti mana fight or flight response(cerita Biologi lagi>.<), melompat bagi menyelamatkan diri.Si penyelidik masih tidak berputus asa,lalu menangkap katak tersebut dan diletakkan di dalam seperiuk air sejuk,yang sedang dipanaskan.
Baru betul habitat aku,'getus hati kecil sang katak(anggaplah katak ada hati)
Suhu air pun makin lama,makin meningkat.Dek kerana terlalu leka,sang katak pun bertukarlah menjadi katak rebus.Tapi disebabkan tak dicuci terlebih dahulu,katak yang malang ini pun dibuang begitu sahaja,tanpa menjadi santapan bagi penggemar sup katak...(betul ke tidak cerita ini wallahua'lam).

Kalau direnung maksud peribahasa tadi,ia menggambarkan orang yang tidak mahu mengambil tahu(baca:peduli) tentang hal ehwal semasa.Cerita katak yang melompat mengelak air panas yang menggelegak pula menggambarkan orang yang bersikap reaktif,memberi respon(yang kadang kala melulu) pada sesuatu isu.Orang boikot,dia boikot.Orang marah,dia pun marah. Apabila ditanya'Tahukah anda bila negara Israel ditubuhkan?'maka hanya segelintir sahaja yang dapat menjawab dengan betul(teringat pula pada keletah artis yang gelabah jawab soalan mengenai Rukun Negara dalam 1 rancangan T.V).Sekurang-kurangnya,ada juga kepedulian berbanding spesies 'katak di bawah tempurung' tadi.

Masuk bab kedua sang katak yang malang tadi,itu menggambarkan orang yang begitu selesa dengan keadaan kini sampailah musibah menimpa buat jiwanya tak keruan (alamak,ekonomi gawat,kena buang kerja pula).Samalah nanti apabila kita ditimbang dengan neraca agung dan diadili oleh Hakim Yang Maha Adil(ingatan jua buat diriku yang hina).

Ada satu lagi perangai katak,iaitu suka melompat ke sana-sini.Oleh sebab Allah tak kurniakan makhluk-Nya yang seekor ini aqal(yang istimewa buat manusia sebagai khalifah),maka banyaklah katak yang mati di bawah tayar-tayar kenderaan.Arakian,terbitlah simpulan bahasa 'mati katak',untuk orang yang mati secara sia-sia seperti kebanyakan dajal-dajal rempit dan juga hantu-hantu gian.Tetapi heboh juga se-Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak mengenai orang yang suka 'melompat' ini.Secara PERIBADI(bukan mewakili BADAR SBPISB),biarlah melompat ke pakatan ke atau ke barisan ke,yang penting nawaitunya LILLAHI TAALA,bak sabda Nabi S.A.W:

“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.


Kisah katak ini juga satu analogi secara tidak langsung terhadap firman Allah:


Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.Surah Al-A'raf:ayat 179

Walau bagaimanapun,adanya katak dapat juga mengawal populasi penyebar Denggi & Chikunguya.Merenung ke dalam diri,barulah tersedar...
Kita pun ada minda katak juga(tapi tak banyak kot...)
nota:Lebih baik betulkan BARISAN(SAF)solat jemaah,dapat juga mengukuhkan PAKATAN ummah.

Khamis, 29 Januari 2009

FARSHI TURAB



فرشي التراب يضمني وهو غطائي

حولي الرمال تلفني بل من ورائي

واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي

والنور خط كتابه أنسي لقائي

والأهل أين حنانهم باعوا وفائي

والصحب أين جموعهم تركوا إخائي

والمال أين هنائه صار ورائي


والاسم أين بريقه بين الثنائي

هذه نهاية حالي فرشي التراب

والحب ودع شوقه وبكى رثائي

والدمع جف مسيله بعد البكائي

والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي

فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي

هذه نهاية حالي فرشي التراب

والخوف يملأ غربتي والحزن دائي

أرجو الثبات فإنه قسماً دوائي

والرب أدعوا مخلصا ً أنت رجائي

أبغي إلهي جنة فيها هنائ
ي

ingat mati itu pasti...

REMAJA..?

ALLAH s.w.t. mengurniakan manusia akal. Potensi akal membolehkan manusia merenung, memerhati, mengetahui dan berfikir. Kekuatan minda menjadikan seseorang mampu mengingat, berfikir dan mempunyai daya taakulan. Menerusi berfikir dan mengkaji datangnya maklumat, fakta, data dan ilmu. Melalui maklumat dan ilmu membolehkan manusia tahu. Pengetahuan menjadikan manusia memiliki cara untuk tahu tentang sesuatu. Al-Quran pula menghasilkan hikmah dan daripadanya pemikiran mendapat suluh membimbing manusia ke arah pengetahuan yang benar.

Tony Buzan yang mempunyai kepakaran dalam Peta Minda menyebutkan manusia hanya menggunakan satu peratus daripada otak kanan dan otak kiri. Otak kanan berguna untuk berfikir hal-hal yang berkait dengan seni dan sastera sementara otak kiri berguna untuk berfikir hal-hal yang berkait dengan angka. Penggunaan otak kanan dan otak kiri, kata Tony Buzan, boleh meningkatkan kualiti berfikir seseorang.

Amalan berfikir adalah suatu tabiat baik sama ada ia menjadi amalan individu atau kelompok yang ingin mengembang dan menajamkan minda. Pepatah ada menyebut bahawa 'fikir itu pelita hati' yang membawa maksud bahawa seseorang yang melakukan amalan berfikir, dia sentiasa menerima cahaya dan petunjuk.
Amalan berfikir bermula dengan tabiat membaca yang tinggi, tabiat berbincang yang baik dan tabiat menghasilkan pemikiran dalam bentuk karya sama ada berbentuk kreatif mahupun deskriptif.

Remaja adalah tenaga yang segar dan amat berpotensi untuk membina amalan berfikir. Dengan potensi akal yang tinggi dan segar, otak memerlukan latihan. Apa yang remaja baca, bincang, renung dan fikir memberi sumbangan yang amat berguna untuk mempertajam dan memperkasa minda. Orang yang tajam mindanya adalah hasil latihan otak yang berterusan. Mindanya menjadi kreatif, pandangannya menjadi kritis dan analisisnya menjadi sistematik. Ia mampu menilai sesuatu data, fakta dan menyebabkan maklumat berkembang. Ilmunya meningkat dan bertambah dan menyebabkan upaya bijaksananya tinggi. Hasilnya ialah pengalaman berfikir meningkat dan kewibawaan ilmu juga berkembang.

Para remaja harus menyajikan minda dengan bahan-bahan yang baik dan yang berguna untuk difikirkan.
Membaca buku-buku yang berfaedah, majalah yang bermutu, berbincang isu-isu ilmu yang bermanfaat, meneliti perkembangan semasa yang sedang berlaku boleh mengembangkan daya fikir. Amalan membaca bukan hanya menerima apa yang dibaca dan dibincang tetapi ia merupakan langkah awal untuk menyuburkan tabiat berfikir.

Jalan berfikir yang berkesan selalunya dua hala; ia tidak sehala. Oleh itu berfikir seorang diri kadang-kadang tidak menjadikan minda remaja tangkas dan perkasa. Tetapi bila berlaku perbincangan dua hala minda remaja akan dilatih dengan amalan berfikir, memberi buah fikiran yang bernas dan akhirnya bersedia untuk memberi dan menerima kritik dan pandangan yang membina terhadap sesuatu perkara.

Al-Quran memberi keutamaan kepada amalan berfikir yang mempunyai maksud yang baik dan bermanfaat.
Konsep ya'qilun, yatafaqqarun dan yatadabbarun sebenarnya mengajak manusia berfikir, merenung dan mengkaji atau menyelidik. Tradisi ini sangat hebat dilakukan oleh pemikir, ilmuwan dan ulama silam. Amalan berfikir tidak hanya terlihat dalam muzakarah yang berterusan, halaqah yang subur tetapi juga dalam penulisan. Ulama-ulama besar pada masa dulu berfikir tentang diri, hubungan dengan alam dan Pencipta dan memanfaatkan pensyariatan Allah dalam al-Quran, melakukan tadabbur atau kaji selidik yang berbentuk sains, ilmu bintang, falsafah dan lain-lain. Kemajuan umat Islam pada masa lalu adalah akibat berkembangnya tabiat dan tradisi berfikir di kalangan pemeluknya khususnya para ilmuwan, ahli fikir dan juga ulama.

Pada hari ini, antara punca kelemahan umat Islam ialah mereka malas membaca dan akhirnya malas berbincang dan berfikir. Kemalasan berbincang menyebabkan tiadanya idea-idea baru. Akhirnya kita menjadi jumud atau beku dan menjadi pengekor dan penciplak ilmu orang lain dan akhirnya menjadikan kita bangsa atau umat pengguna sepanjang zaman.

Sifat Romantik Nabi Muhammad s.a.w.





Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami
yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata,
"Saya akan beritahu kamu kemudian."
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap
seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.
Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya".
Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri
mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.
ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah
orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya

Rabu, 28 Januari 2009

Puisi Munajat : Dosa Semalam

Puisi ini tersiar dalam majalah Dewan Siswa Januari 2009. Hasil nukilan saudari Noor Izzati Abdul Rahim.


Dosa Semalam


Malam itu

semilir bayu suram

suluh cahayanya kelam

awan yang berarak muram

hitam pekat likat.


Malam itu

dia termenung sendirian

mengintai tabir silam

yang penuh dengan sesalan

atas salah silap diri

yang tak disedari.


Malam itu

dia bingung sendirian

lalu sejadah dihamparkan

nawaitu ingin kembali

dambakan kasih sejati

Tuhan Rabbul 'Izzati.


Malam itu

sejadah merah menjadi saksi

bening mata yang berkaca

tangis sendu seorang hamba

menyucikan sekeping hati

yang penuh dengan noda.


Malam itu

dia tersenyum kembali

dengan kasad hati

memperbaiki silap diri

tak mahu diulangi

dengan taubat yang mengiringi.

Dangerous Slipper??

How does a pair of innocent looking slipper can be soo dangerous to us? This post might sound funny but wait till you see this (a picture is worth a thousand words...)...

So, have you found anything weird or something that is quite familiar on the surface of this slipper? Well, lets see some other magnified one of this pic~(its quite easy to notice though...)

So, have you found it? There are three things hidden in this picture. Firstly, the picture of a Mujahidin fighting with his serban, secondly and the most serious, the kalimah 'ALLAH'(its in the midlle of the circle); and thirdly, a picture of a soldier fighting with some kind of heavy looking weapon (Actually I'm still tring to figure out what is the third one is....).

Just imagine, I bought this slipper at a supermarket in Ampang for a price of only RM 3.50 . I'm buyin it for the purpose of entering the toilet at my hostel . On the second day I wore this slipper, pus (you call it nanah in Bahasa >.<) started to flow from my toes .The condition of my feet worsens untill i suddenly found out what is hidden on my slipper after a week later. I stopped using this slipper and that night (the day i found out about my slipper), I told everyone about this slipper. This is a very big humiliation towards Islam. Potraying the kalimah 'Allah' on a toilet slipper is an act that is not toralable. The involvements of some high profile supermarket in distributing this slipper is very disappointing. For the sake of Allah, how could some slipper like this permitted to be sold in high scales at a very cheap price.

Well, I really hope after reading this article, you as a Muslim will be more sensitive on what you buy or consume everyday. There are approximately more than 1.5 billion of Muslims in the world right now and if we can all use our consumer's power, the world's economy will be in our hand. Insya-allah.

Wallahua'lam

-This article is based on the true story of a student in SBPI Sabak Bernam-

Isnin, 26 Januari 2009

Rasullullah Lihat Rahsia Di Syurga







JIKA Allah mencipta neraka sebagai tempat hukuman bagi segala dosa insan, syurga pula dijanjikan bagi mereka yang diredai-Nya.

Bagi menyampaikannya kepada umat manusia, Allah memperlihatkan Rasulullah SAW keadaan di syurga ketika baginda dalam perjalanan Israk Mikraj. Ketika memasuki syurga, baginda yang diiringi Jibril, melihat sesuatu yang menjadi suatu rahsia buat setiap insan.

Rasulullah melihat beberapa kubah lu’lu’ yang ternganga dengan tulisan di pintu syurga “Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda.”Rasulullah SAW yang hairan dengan kenyataan bahawa memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, bertanyakan Jibril. Jawab Jibril: “Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya, atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat."

Kemudian Rasulullah SAW berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Di situ ada juga buah delima dan segala macam buah kayu. Selepas itu, keluar daripadanya pakaian penghuni syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seperti unta. Rasulullah SAW terlihat pula telaga Al-Kausar. Dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yakut dan zabarjad. Di tepinya ada lu’lu’ yang besar, airnya mengalir masuk ke kolah Rasulullah. Timbanya seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum. Kemudian keluarlah Rasulullah SAW dari syurga itu. Diriwayatkan, di dalam syurga mengalir beberapa sungai yang airnya datang dari sumber mata air Sungai Firdaus dan ada beberapa sungai yang namanya diberi sesuai dengan sifat airnya seperti Sungai Air Jernih, Sungai Susu dan Sungai Madu.

Al-Quran juga ada menyebut mengenai rumah atau mahligai di syurga. Riwayat Haizh Abubakar Al-Ajri daripada Imran Hashim dan Abi Hurairah menyebut: “Bahawa mahligai-mahligai di syurga tercipta dari Lu’Lu’ dan pada tiap-tiap mahligai itu ada 70 kampung dari yaqut yang merah, pada tiap-tiap kampung ada 70 rumah daripada zamrud hijau.” Mengenai tumbuhan pula, digambarkan bahawa batang pokok dibuat daripada emas dan nikmat buahnya tidak dapat digambarkan oleh manusia.

Ada pokok yang dinamakan Sidratul Muntaha yang jauh tempat yang dinaungi oleh pokok itu adalah 70 tahun dengan menaiki kuda dan lebar daunnya mampu menutup sesuatu umat, setiap daun ada malaikat dan berwarna-warni adakala bertukar jadi intan baiduri. Fungsi bidadari pula adalah untuk menghibur dan melayani serta menjadi jodoh (isteri) lelaki mukmin ahli syurga dan keadaan bidadari itu digambarkan dalam al-Quran: “Dan akan melayani atau menghibur mereka bidadari yang seperti mutiara tersimpan (molek dan cantik). Dan kami jodohkan mereka dengan bidadari.”

Ahad, 25 Januari 2009

Gerhana Matahari


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa yang mempunyai 60%-80% proses gerhana ini pada kira-kira jam 4.30 petang pada 26 Januari .ini.Peratusan ini bergantung kepada kawasan atau pun zon di Malaysia.

Dalam satu kenyataannya semalam, Angkasa berkata fenomena itu berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan lebih kecil daripada matahari.

Antara tempat yang boleh dikunjungi untuk menyaksikan proses gerhana ini ialah di USM, Pulau Pinang, Planetarium Negara Kuala Lumpur, Balaicerap Universiti Darul Iman (KUSZA), Terengganu, Balaicerap Al-Khawarizmi, Melaka dan Planetarium Iskandar di Kuching Sarawak.

“Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa pada kira-kira jam 4.30 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini dikenali sebagai ‘sentuhan pertama’ iaitu permulaan gerhana matahari separa,” kata kenyataan itu.” Angkasa menjemput orang ramai menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program pencerapan gerhana matahari separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 malam pada 26 Januari ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur.

Antara aktiviti pada hari berkenaan ialah tayangan filem SOS Planet di Teater Angkasa pada 5 petang dan tayangan laser The Legend of the Night Sky.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Jan melalui laman web www.angkasa.gov.my

Gerhana Matahari turut dapat dilihat pada 22 Julai 2009 dan 15 Januari 2010.

Jadi marilah kita bersama-sama menunaikan solat sunat gerhana matahari di surau2 atau masjid2 yang berdekatan~

Sabtu, 24 Januari 2009

Falsafah Iman dalam Road Run


Bingkisan ini istimewa untuk pelajar Intersaber.Pelik betullah,road run pun ada kaitan dengan iman ya?Kalau setakat jangan menipu masa road run tu tahulah...

Road run ibarat kehidupan kita di dunia.Sebelum acara ini bermula,masing-masing berjanji memberikan yang terbaik untuk menyumbang mata pada rumah sukan masing-masing.Bukankah kita juga berjanji di alam roh mengakui keEsaan Allah?

Sebelum acara ini bermula,kita sibuk mempertingkatkan stamina,ada yang berlatih 4 kali,ada yang tiap-tiap hari,buat bekalan semasa acara sebenar.Apa bekal kita sebagai Muslimin dalam menempuhi kembara iman pula?ILMU!
Bacalah(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk.Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.Bacalah,dan tuhanmu Yang Maha Pemurah.Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya(Surah Al-Alaq:1-5)

Kalau ditanya kenapa kita mesti menjuarai road run(selain nak jadi wakil sekolah^_^),ramai akan menjawab,"nak menang","nak mata rumah","nak medal"...mengapa kita begitu percaya kita semua dapat mnyumbang mata pada rumah sukan,bukankah mata tersebut sesuatu yang tidak dapat dilihat?Di situlah IMAN,satu kepercayaan yang kukuh dalam hati,diterjemah pula dalam amal.Huh,baru terfikir sekarang...kita punya matlamat hidup,sekuat matlamat untuk menjuarai road run,iaitu menggapai reda Ilahi.
ALLAH GHAYATUNA!

nota:Salam perpisahan buat Cikgu Hamidah,Cikgu Fathiah,Cikgu Ku Ahmad,Cikgu Loh dan Cikgu Raja Asmah.Jasa kalian taburkan akan tersemat di sanubari warga S.B.P.I.S.B.Selamat pulang juga kepada Tuan Haji Ahmadi B. Abas dan Tuan Haji Rizuan B. Atan.

Kamu, Masa & Islam

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal sholih. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan Kebenaran. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kesabaran." (Al-3shr:1-3)


Bismillah...

Percaturan
Atas lamparan putih ini akan saya sampaikan apa yang saya rasa betul, dan apa yang saya kira bakal membantu kalian dalam penjagaan masa. Ayat di atas jelas menerangkan kepada kita akan kepentingan masa di sisi islam. Mahukan kita digelar sebagai golongan yang rugi? golongan yang tidak beroleh kejayaan? golongan yang senantiasa dibelenggu kecelakaan dan kehancuran? Sedarlah wahai manusia, kita hidup di atas bumi ini bertunjangkan akan perhubungan masa. Terus, wujud kata-kata hikmah seperti "masa itu emas" yang menekankan akan kepentingan masa bagi kita sebagai komuniti muslim yang berjalan di atas alam ciptaan Al-Khaliq.

Kehidupan kita bergantung sepenuhnya pada persoalan ini, "bagaimana cara anda menguruskan masa?". Dalam ayat di atas juga, Allah mengingatkan kita sesungguhnya kita berada dalam kerugian, kerana gagal dalam percaturan masa. Pada hari ini, ramai manusia yang leka, leka akan 'kecantikan' dunia, membuang masa dengan melepak, menganggu kehidupan orang lain, mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah, menabur fitnah dan pelbagai perlakuan yang ditegah di dalam Islam. Adakah kita dalam golongan ini, golongan yang dibenci Allah, sedahlah bahawa kehidupan ini terlalu singkat!, hanya sebagai platfom persinggahan bagi kita untuk beramal dan memuji kebesaran Al-Malik. Namun, berbahagialah kepada mereka yang tahu akan kepentingan masa, tidak mensia-siakan kehidupan yang dianugerahakan kepada mereka.

Perjalanan
Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberi galakan kepada kita supaya memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sabda baginda

"Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin."

(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)

Secara ringkasnya, kita ditekankan untuk menggunakan masa dengan sebaiknya sebelum kelima-lima kondusi tersebut mengetuk pintu kehidupan kita, iaitu sewaktu kita punya masa untuk diuruskan. Sepanjang perjalanan kita sebagai manusia, mula dengan kelahiran, diselangi dengan proses tumbesaran dan pematangan minda, hadirnya cinta dan dihubungkan pertalian dan ditutupi dengan kematian, kita akan sentiasa berhubung dengan masa dari saat kita dibuai manja sehingga ke pintu kematian.

Ketahuilah bahawa, kalian akan dihisabkan atas setiap detik masa yang kalian lalui semasa perjalanan kehidupan. Dalam hadis baginda: "Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan: Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya? Ilmunya; bagaimana ia amalkannya? Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?

(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn Abid al-Aslami)

Pengurusan masa


Allah telah berfirman, maksudnya:

"Ar-Rahman telah mengajarkan al-Quran. Telah menjadikan Insan (manusia) sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran. Matahari dan bulan (beredar) dengan perhitungan. Bintang-bintang dan pohon-pohon kedua-duanya bersujud (kepada Allah s.w.t). Langit (alamraya) ditinggikan-Nya, dan diadakan neraca Keadilan. Supaya kamu jangan aniaya dalam neraca timbangan. Dirikanlah timbangan dengan adil dan janganlah kamu merugikan pada timbangan. Bumi ditetapkanNya untuk makhlukNya, padanya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai mayang (kelopak). Biji-bijian yang mempunyai daun ditangkainya dan harum-haruman. Maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kamu dustakan?
(Ar-Rahman:1-13)


Kelebihan kita dari makhluk-makhluk lain adalah akal fikiran, keupayaan untuk membezakan mana yang benar dan mana yang batil, serta kepintaran dalam menyelesaikan masalah. Memandangkan kita telah dikurnaikan dengan akal fikiran, sepatutnya kita sedar akan pengaruhnya dalam Islam. Kita seharusnya menggunakan masa yang kita ada untuk beramal, mendekatkan diri dengan Allah SWT serta mengejar matlamat hidup sebagai seorang muslaim iaitu dalam mengejar kebahagian di dunia dan diakhirat serta beroleh keredhaan dari-Nya.

Untuk itu, kita perlu ambil peluang yang ada dengan menyusus stratergi penggunaan masa. Di sini akan saya ringkaskan langkah-langkah pengurusan masa yang efektif yang telah saya pelajari dari artikel 6 Tips for Better Time Management, hasil nukilan John Casey.

----------------------------------------

Sediakan sebuah diari masa
- Jujur dalam menyenaraikan semua aktiviti harian, dari waktu makan, waktu menonton tv kepada waktu tidur, catitkan semua agar proses peracangan dapat dilakukan dengan mudah

Belajar untuk berkata "Tidak!"
- Disiplinkan diri untuk menolak segala aktiviti yang bakal menganggu pengurusan masa, aktiviti yang dimaksudkan di sini ialah, aktiviti yang boleh dielak, boleh untuk tidak dilakukan. Fokuskan minda terhadap matlamat harian, matlamat yang perlu dicapai dan perlu dilaksanakan.

Sediakan senarai 'Apa yang perlu dilaksanakan'
- Dalam bab ini, izinkan saya pula berkongsi. Cara yang saya aplikasikan dalam kehidupan seharian adalah dengan menyediakan buku nota kecil. Senaraikan apa yang perlu dilakukan pada hari tersebuat pada awal pagi, dan potong apa yang telah dilaksanakan. Diri akan termotovasi dengan sendirinya apabila melihat perkara-perkara yang telah dilaksanakan dipotong dari senarai tersebut.

Biar teknologi membantumu
- Teknologi masa kini banyak membantu pengurusan masa. Jika kalian mampu, cuba dapatkan perisian penjadualan persendirian yang dapat mengurangkan permaslahan dari segi pengurusan waktu.

Perlaksanaan secara serentak
- Terdapat beberapa aktivitiyang dapat digabungkan agar masa dapat dijimatkan, seperti mendengar kepada buku melalui MP3. Namun kalian perlu bijak dalam menjalankannya, jangan pula menjawab telefon ketika sedang memandu, bakal mengundang kepada kemalangan.

Jauhi sifat 'Perfectionist'
- Tidak salah untuk menjadinya, namun harus diingatkan bahawa sikap ini juga bakal mengundang kepada kehilangan masa yang bernilai serta tekanan akibat diri yang terlalu teliti dalam setiap perkara.

Selesai sudah, namun harus diingatkan juga untuk terus menghargai setiap usaha yang telah dilaksanakan dengan membelikan hadiah kepada diri sendiri atas kejayaan dalam menghargai masa
----------------------------------------


Diharap agar apa yang telah disampaikan ini mampu mengubah persepsi kalian terhadap kepentingan masa dan terus menghargai masa yang telah Allah sediakan untuk kita agar kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat, insyaAllah

Wassalam

Khamis, 22 Januari 2009

Syariatullah vs Sunnatullah?








Ada 1 'angin' yang ribut berbisik di telinga saya...tatkala minda memerah 4-5 idea yang dalam senarai menunggu untuk dicurah di sini.Alhamdulillah,gusar writer's block pun berkurang^_^.

Pakai serban: Pelajar enggan bayar saman

KOTA BHARU 19 Jan. - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pelajar pondok dipenjarakan dua hari setelah enggan membayar saman atas kesalahan menunggang motosikal dengan berserban.

Ahmad Nasir Darus, 27, dikenakan hukuman itu setelah memilih tidak membayar saman RM90 yang diputuskan oleh Majistret Tengku Amalin Ai'shah Putri Sultan Ismail Petra.

Pelajar Pondok Pasir Tumboh itu disaman kerana menunggang motosikal pada kira-kira pukul 6.30 petang, 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar.

Peguam bela, Ahmad Rizal Effande Zainal ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Kita akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi dalam tempoh tujuh hari dari sekarang.

"Sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah ia akan menjadi bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.

Bukan saya mahu bicara tentang pakai serban ialah Sunnah Nabi,atau penafsiran maksud 'lebai' yang kurang jelas dalam undang-undang kita,membuatkan saya tertanya-tanya,'adakah kita faham konsep Syariatullah & Sunnatullah?'(nota penting:saya hanyalah seorang pelajar,dan konsep ini dipetik daripada Ustaz Hasrizal)
Secara analogi,kita diperintahkan Allah untuk memilih makanan yang halalan tayyiban,kita boleh makan apa sahaja makanan yang halal,tetapi adakah makanan halal yang kaya dengan garam,gula dan M.S.G itu baik untuk kita?Bukankah Islam memelihara nyawa manusia,seperti yang terkandung dalam ilmu Maqasid Syariah...

Walaupun ini bukanlah undang-undang yang mutlak seperti hudud,namun ia tertakluk di bawah undang-undang Ta'zir,iaitu undang-undang pemerintah terhadap perkara/hukum yang tidak terkandung dalam nas bagi menjaga kemaslahatan.Syariat mengatakan serban itu sunat,tetapi jangan lupa sunnatullah kemalangan motosikal yang membabitkan kecederaan kepala disebabkan tidak memakai topi keledar!Tetapi ada faktor kemalangan yang lebih utama,PEMANDU YANG TAK BERADAB!...

Sebenarnya syariat tak pernah bertentangan dengan sunnatullah,apa yang membuat kita jadi keliru ialah PEMAHAMAN kita yang tidak tepat...berpegang pada syariat lupa pula pada sunnatullah,maka terjadilah insiden Bukit Antarabangsa...yang bernama Muslim tinggal di negara Islam,lupa tanggungjawabnya memelihara alam sekitar!(banyak celoteh nanti jadi kontroversi pula...)

nota:terima kasih atas komen-komen para pembaca blog ini,soalan tersebut akan dijawab dalam tempoh masa terdekat.

Rabu, 21 Januari 2009

Pergaulan Bebas Punca Jenayah

Artikel ini sumbangan Akhi Mohd Syahiran Muhammad,mahasiswa KUIS dalam jurusan Diploma Usuluddin(blognya klik sini).Mana-mana individu yang ingin menyumbang artikel atau pendapat yang bernas didahului ucapan JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hampir setiap hari, berita-berita media melaporkan kes-kes atau isu-isu yang melibatkan masalah anak-anak muda dalam negara ini. Kes yang paling banyak yang disiarkan seperti kes bersekedudukan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, pembuangan anak luar nikah, rogol, dan kes ditangkap khalwat.

Sebenarnya banyak lagi kes-kes yang melibatkan anak muda ini tetapi kes-kes di atas adalah yang paling ketara. Dalam hal ini timbul persoalan, mengapa perkara ini berlaku sedangkan kerajaan telah menyediakan pelbagai acuan untuk membentuk seorang individu yang berguna kepada negara seperti PLKN, program-program kemasyarakatan, program kokurikulum di setiap sekolah dan institusi dan meningkatkan taraf kualiti guru-guru.

Jika diandaikan seorang yang kaya, kacak atau cantik, kaya dan mempunyai pelbagai kenderaan yang mewah-mewah dan besar-besar tetapi malangnya beliau tidak pernah mengisi minyak kedalam kenderaan beliau, hasilnya sama sahaja iaitu kereta tersebut bagaikan barang perhiasan yang tidak boleh digunakan atas alasan aku seorang yang cukup sifat dan berada.

Begitulah kita walau apa pun bentuk pendidikan yang hendak digunakan, jika tidak diisi dengan panduan-panduan yang telah di tetapkan oleh Islam, namun janganlah bermimpi untuk melihat hasilnya kerana agama Islam merupakan agama yang lengkap dengan pelbagai perkara sesuai digunakan dalam apa-apa situasi.

Masalah gejala seperti yang dinyatakan diatas tadi semuanya berpunca daripada pergaulan yang berlainan jantina yang bebas sehinggakan dipandang remeh oleh pihak-pihak yang berkenaan.Bila ditanya kepada mereka yang pernah terjebak dengan perkara-perkara tersebut ia bermula dengan keinginan seorang anak muda yang masih segar dan kuat ini untuk mencuba perkara-perkara yang baru ataupun meniru adegan-adegan daripada media barat "yang dibawa masuk oleh media tempatan" dengan masing-masing ingin mempunyai pasangan yang cantik-cantik,yang macho-macho,yang ada kenderaan ber"Class", ataupun yang pandai mengambil hati.

Daripada itu mula-mula menjeling-jeling,seterusnya minta nombor telefon, selepas itu mula ajak jumpa "saya belanja",kemudian berputik la cinta suci(mulanya) lama-kelamaan semakin ikatan cinta semakin erat sampailah di tahap berasmara di tempat gelap, nak kawin tak ada kerja dan duit lalu bedallah di luar nikah, bila wujud orang ketiga, mulalah gelisah salah-menyalahi lalu berlakulah pelbagai kes dan jenayah.

Oleh itu, semua pihak tak kira sesiapa sahaja,perlu member perhatian yang penuh terhadap masalah pergaulan bebas ini, bermula di peringkat institusi pendidikan rendah lagi. Setiap sekolah hendaklah mengasingkan pelajar-pelajar tidak kira di mana sahaja, jika diasingkan sekolah lebih baik. Kerana sekolah bukan setakat tempat untuk memberi ilmu tetapi memberi pendidikan atau tarbiah mengikut Islam kepada pelajar-pelajar kerana di sinilah tempat untuk memdidik untuk menjadi masyarakat bermaruah nanti.

nota:malu penjaga iman(kalau tak tahan banyakkan puasa)...bersediakah anda untuk melafazkan AKU TERIMA NIKAHNYA?

Isnin, 19 Januari 2009

Tudung Oh Tudung

Sibuk bicara pasal umat,lupa hal agama dalam diri belum cermat.Hmmm...tudung,mudah disebut, rimas dipakai,kadang ada yang menentang...(akhawat jangan terasa pula)







Saya meminjam tagline Ustaz Hasrizal(dengan sedikit ubah suai)...
Menulis(baca:Dakwah) bukan untuk memberi TAHU,tetapi berusaha mencetuskan MAHU,agar bergerak menuju MAMPU!

Saya punyai upaya menyampai,namun pilihan tetap di tangan muslimat.Tepuk dada,tanya akal di kepala,rasa iman di jiwa,anda MAMPU mengubahnya!

Ahad, 18 Januari 2009

Tak Semudah Kata

Saya bukanlah kipas-susah-mati dunia perfileman yang melayakkan saya untuk mengkritik filem, cuma ingin respon kepada beberapa pihak(bukan nak memfitnah!) yang begitu mudah meletakkan label sesebuah filem sebagai FILEM DAKWAH!Adakah mereka sedar impak dari label sebegini?
Oh,dakwah Islamlah ya...

Bagaimana hendak dikatakan dakwah,jika pelakon muslimah enggan menyarung tudung,atau pelakon muslim dan muslimah tak segan saling bersentuhan?Bahkan saya berani katakan filem ini pun gagal mengangkat mesej dakwah dari novel asalnya...

Realitinya,ranah penulisan dan dunia perfileman begitu jauh untuk dibandingkan.Bagaimana kita bisa membandingkan aksara-aksara atas ratusan helai muka surat dengan bahasa badan, intonasi, dan emosi para pelakon filem.Masih ada ruang penambahbaikan dan usaha penerbitan filem seumpama itu sememangnya harus dipuji.

'Layu'nya Watak Utama
Kelemahan filem tersebut dan animasi ini...

ialah kekuatan watak utama tidak ditonjolkan sejak dari awal cerita...Ingat,bahawa first impression(kata orang Melayu) sangat PENTING!Ia ibarat cinta pandang pertama terhadap sesuatu cerita.Walaupun diakui bahawa manusia punyai ketidaksempurnaan,namun ia akan mencacatkan gambaran seorang pahlawan ulung dalam sejarah yang sewaktu kecilnya mudah ditewaskan,dan seorang pemimpin mahasiswa mudah gelabah tatkala komputernya diserang virus.


Apa itu
FILEM DAKWAH?
Sebenarnya,saya masih tidak arif dalam memberi kriteria filem dakwah.Namun,saya lebih gemar membicarakan MESEJ di sebalik sesebuah filem.Bukan minta berkiblatkan Hollywood, cuma saya amat gemar dengan teknik mereka menggunakan filem untuk menyampaikan mesej (malah wadah PROPAGANDA).Dalam asyik kita terpesona dek ke'hensem'an hero dan kejelitaan heroin mereka,sering kita lupa bahawa dialog atau lakonan yang dipersembahkan oleh mereka membawa banyak tafsiran dan mesej tersirat.Kadang kala,saya merindui garapan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.Walaupun filem yang dilakonkannya/diarahkanya ialah filem komedi,masih terselit unsur nasihat yang kita sering terlepas pandang.Sebagai khatimah,saya tinggalkan dialog dari filem 3 Abdul sebagai renungan bersama...
Dunia,dunia...sekarang berniaga manusia lebih untung dari berniaga unta...

nota:bukan itu maksudnya modal insan/sumber manusia yang dicanangkan Perdana Menteri kita...

Jumaat, 16 Januari 2009

Siapa Muhammad Al-Fatih?

Namanya tak segah Salahuddin Al-Ayyubi yang diangkat selaku pembebas bumi Palestin dari cengkaman tentera Salib,usaha kedua selepas Saidina Umar Al-Khattab(tak lupa juga diangkat dalam siri animasi Saladin).Tetapi beliaulah yang menepati hadis Nabi S.A.W:
Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.

Hadis itu begitu mengocak jiwa sahabat,sehingga Abu Ayub Al-Ansari gugur syahid dalam ekspedisi pertama untuk memenuhi maksud hadis tersebut.Bahkan usaha tersebut diteruskan sehinggalah zaman Khalifah Uthmaniyah.

Cerita di Balik Pembukaan Constantinople
Usaha pembukaan kota ini telah bermula sejak zaman Sultan Murad II,ayahanda Sultan Muhammad Al-Fatih.Sultan Muhammad Al-Fatih memang telah dilengkapkan dengan skil ketenteraan dan pemerintahan oleh ayandanya.Apabila baginda menaiki takhta pada tahun 1451,baginda telah menganalisis kegagalan ekspedisi-ekspedisi yang terdahulu,bahkan baginda mengambil masa 2 tahun bagi mengkaji peta Constantinople.Baginda telah mempersiapkan ketumbukan tentera Uthmaniyah dengan begitu rapi sehingga membuatkan Maharaja Constantine,yang kehilangan punca meminta bantuan daripada kepimpinan Gereja Katholik,sedangkan Byzantine dikuasai Gereja Orthodoks.Hal ini menimbulkan penentangan rakyat terhadapnya.

Medan jihad punyai dugaan yang tak tercapai dek akalmu...Kapal-kapal Uthmaniyah tidak mampu memasuki perairan Tanjung Emas yang dirantai,bagi mengekang kemaraan tentera Utmaniyah.Namun soldadu Byzantine begitu terperanjat tatkala fajar menyinsing pabila menyaksikan seluruh armada Uthmaniyah telah memasuki perairan Constantinople.

Sang Strategis Ulung
Imbas Kembali:Malam Sebelumnya...Baginda hampir buntu.Rantai besi tak mampu dirempuh oleh kapal-kapal.Dengan izin Allah,baginda mendapat satu ilham.Ilham yang kenal memasyhurkan baaginda dalam kalangan strategis ketenteraan...Kapal-kapal diangkut melalui jalan bukit.Kayu-kayu balak ibarat roda,dilumuri lemak haiwan melancarkan 'pelayaran' kapal-kapal tersebut di darat...

Walau bagaimanapun,Constantine tak mudah mengalah.Pertahanan kota yang utuh menyebabkan tentera Islam terpaksa berkubu lama,yang akhirnya melunturkan semangat mereka.Sultan Muhammad Al-Fatih bangun memberi pidato yang membangkitkan kembali semangat mereka,dan berhasil menembu.si pertahanan kota.Baginda menamakan Constantinople sebagai 'Islam Bol' yang bermaksud Kota Islam.

Titik Mula Muhammad Al-Fatih...
Baginda mula dibentuk oleh sang murabbi yang bernama Syeikh Samsuddin Al-Wali,yang berketurunan dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Diriwayatkan ketika solat Jumaat yang pertama didirikan di kota Islam Bol(anak sape la tukar nama elok macam ni...),baginda ingin memilih siapa yang menjadi imam dan khatib.Baginda bertanya...
Siapakah yang tidak pernah meninggalkan solat fardu sejak dari aqil baligh?

Semua masih berdiri(Inilah sebaik-baik tentera,tentera Islam sekarang?).Soalan kedua...
Siapakah yang belum pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak dari aqil baligh?

Separuh telah pun duduk.Inilah pula soalan pemutus seri...
Siapakah yang belum pernah meninggalkan solat tahajud sejak aqil baligh?

Tinggallah baginda seorang sahaja yang berdiri,bagindalah imam dan khatib pada hari Jumaat yang bersejarah(walaupun ramai yang lupakan sejarah itu...)

nota Palestina:29 Mei tarikh Constantinople dibuka.Ironinya,29 Mei 1948 Zionis menjarah Palestin.Hampir 1000 dah maut,di mana syeikh Arab+O.I.C(ohh i see...)?Siapa pula Muhammad Al-Fatih abad 21 ini?Siapa yang jadi panglima pembela umat Islam,kononnya jihad fi sabilillah?Siapa yang jadi pemerintah penegak syiar Islam?Siapa yang jadi CEO syarikat Muslim?Siapa ilmuwan Muslim yang bakal mencipta teknologi dan produk sendiri?Siapa pula MURABBI pendidik KHAIRA UMMAH?

“Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal” (Hasan Al-Banna)